254

Permit Sipadan terhad setiap hari — pastikan anda mendapat permit menyelam atau snorkeling anda lebih awal.

PADI IDC

Kursus Pembangunan Pengajar

Memilih lokasi selam yang tepat untuk latihan profesional anda ialah keputusan paling penting yang akan anda buat sebelum melangkah ke dalam industri selam sebagai pendidik profesional.

Kursus Pengajar IDC PADI di Sipadan

Mengapa Sipadan? (Sabah, Malaysia, Borneo) sudah pasti merupakan salah satu persekitaran pembelajaran terbaik yang boleh anda temui.

Sipadan, Mabul dan Kapalai menawarkan keadaan menyelam bertaraf dunia dan sangat sesuai, yang menarik kedatangan beribu-ribu penyelam pada setiap tahun.

Gabungan sempurna suasana yang benar-benar memaparkan identiti Asia dan antarabangsa, dengan sedikit sentuhan pengembaraan, perairan hangat, iklim tropika, pantai Mabul yang cantik, berserta layanan mesra penduduk Sabah. Semuanya ini menyumbang kepada penginapan yang meriah, damai dan sangat menyeronokkan sambil anda melengkapkan kursus pembangunan pengajar PADI (PADI instructor development course) anda di Sipadan.

Kursus Pembangunan Pengajar PADI

Kursus Pembangunan Pengajar PADI terdiri daripada 2 komponen berbeza: kursus Penolong Pengajar (Assistant Instructor) dan kursus Pengajar Selam Skuba Perairan Terbuka (Open Water Scuba Instructor).

SIAPA yang bersedia untuk pengembaraan IDC?

Jika anda ingin memajukan kemahiran anda sebagai pendidik selam profesional, inilah kursus yang sesuai untuk anda.

Untuk menjadi seorang OWSI PADI anda perlu:

  • Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun dan memegang sijil menyelam anda sekurang-kurangnya 6 bulan
  • Telah pun menjadi Master Selam (Divemaster) bertauliah atau Penolong Pengajar (Assistant Instructor) dengan PADI. Jika anda tidak mempunyainya, anda perlu pernah menjadi pengajar sekurang-kurangnya 6 bulan dengan mana-mana organisasi latihan alternatif dan perlu memastikan bahawa tauliah tersebut melayakkan anda untuk melengkapkan kursus PADI
  • Telah pun menjadi Pengajar EFR bertauliah dan mempunyai bukti menjalani latihan Pertolongan Cemas dan CPR dalam tempoh 2 tahun lepas
  • Telah merekodkan sekurang-kurangnya 60 selaman termasuk selam malam, selam dalam dan selam navigasi.
  • Sebaik sahaja anda bersedia untuk mengambil peperiksaan Pengajar, anda perlu merekodkan sekurang-kurangnya 100 selaman
  • Cergas untuk menyelam berserta bukti daripada pakar perubatan dalam bentuk Penyata Perubatan

APAKAH peralatan yang saya perlukan untuk IDC?

Bagi melengkapkan kursus ini, anda mungkin perlu membeli beberapa peralatan selam skuba tambahan. Selain daripada peralatan selam skuba biasa, anda memerlukan 2 alat isyarat (signalling device), satu untuk isyarat visual dan satu lagi untuk isyarat bunyi. Anda perlu mendapatkan pek kru (crewpack) IDC PADI yang akan membantu anda membuat persediaan bagi kursus tersebut. Terdapat 23 bahan pembelajaran di dalam pek, termasuk:

  • Kad isyarat (cue card) untuk mengingatkan anda tentang kursus teras PADI, iaitu Perairan Terbuka (Open Water), Lanjutan (Advance), Penyelamat (Rescue) dan Master Selam (Divemaster)
  • Buku kuiz dan peperiksaan yang berkaitan dengan kursus teras di atas
  • Bahan perancangan pengajaran
  • Buku kerja IDC dan buku rujukan berkaitan
  • Ringkasan pakar untuk Projek AWARE

APA yang menarik sangat mengenai IDC?

Membantu mengubah kehidupan anda sendiri dan kehidupan orang di sekeliling anda - peminat selam yang berada dalam laluan kerjaya yang sama seperti anda dan ingin menyara kehidupan menerusi sukan selam skuba kesayangan mereka.

APA yang akan saya pelajari semasa mengikuti IDC?

Untuk melengkapkan latihan ini, anda perlu memberi komitmen peribadi kepadanya dengan memberikan tumpuan penuh kepada organisasi. Sebelum kursus bermula, anda perlu melengkapkan semua Ulasan Pengetahuan pembelajaran kendiri serta menyediakan tugasan dan pembentangan setiap hari.

Bagi mengukuhkan lagi pengetahuan anda tentang Sistem Pendidikan Penyelam PADI, anda perlu mempelajari dan membentangkan perkara berikut:

  • Sekurang-kurangnya 2 ceramah pengajaran perairan terkurung (confined water)
  • Sekurang-kurangnya 2 sesi pembangunan pengetahuan
  • Sekurang-kurangnya 1 ceramah pengajaran perairan terbuka yang menggabungkan tidak kurang daripada 2 kemahiran

Terdapat juga 14 pembentangan kurikulum yang anda perlu hadir dan mengambil bahagian:

  • Orientasi kepada Kursus
  • Gambaran Keseluruhan tentang Industri Menyelam
  • Piawaian dan Prosedur Selam Umum
  • Pengurusan Risiko dan Tanggungjawab Undang-undang
  • Cara Kaedah Pengajaran Preskriptif dan Media Berfungsi
  • Pengajaran Adaptif
  • Falsafah PADI mengenai Pendidikan Berterusan Penyelam
  • Cara Mengajar Pelan Penyelam Rekreasi (hanya pengajar yang bukan berstatus pensijilan PADI perlu menyelesaikannya)
  • Prinsip Perniagaan untuk Pengajar Menyelam
  • Program Pengekalan Penyelam
  • Penyelam Skuba PADI (PADI Scuba Diver) dan Kursus Perairan Terbuka PADI (PADI Open Water Course)
  • Program Pengembaraan dalam Selam PADI (PADI's Adventures in Diving Program)
  • Kursus Penyelam Pakar (Specialty Diver Courses) dan Program Master Selam (Master Diver Program)
  • Kursus Penyelam Penyelamat (Rescue Diver Courses)
  • Kursus Master Selam (Divemaster Course)

Apakah yang boleh saya ajar sebagai seorang OWSI?

Setelah anda menjadi OWSI yang berkelayakan, anda akan ditauliahkan untuk mengajar keseluruhan program PADI, bermula daripada kursus Mari Menyelam Skuba (Discover Scuba) sehinggalah ke latihan Master Selam (Divemaster). Anda juga mungkin dilatih untuk mengajar Kursus pakar (Specialty courses) seperti kursus Penyelam Udara Diperkaya (Enriched Air Diver) atau kursus Fotografi Bawah Air Digital (Digital Underwater Photography).

KE MANA IDC ini akan membawa saya?

Sebagai sebahagian daripada latihan pengajar anda, anda akan mendapat peluang untuk berinteraksi dengan para peserta kursus, iaitu individu yang berfikiran sama dengan anda yang pastinya akan menjalinkan ikatan sepanjang tempoh kursus. Kursus ini juga merupakan peluang untuk menjalin rangkaian dengan profesional selam skuba yang lain, membuka peluang kepada anda untuk mendapatkan pelbagai peluang pekerjaan selam profesional di seluruh dunia. Selepas menerima pensijilan pengajar anda, anda juga boleh meneruskan pendidikan anda dengan melatih diri dalam Kursus Pengajar Pakar (Specialty Instructor Courses), seterusnya memberikan anda kebolehan untuk mengajar kepakaran tertentu.

BERAPA lamakah masa yang diambil untuk melengkapkan IDC?

Fahami gambaran keseluruhan dengan lebih luas dan terima pengenalan bagi sistem pendidikan penyelam PADI yang lengkap. Komponen pertama IDC ialah program Pengajar Selam Skuba Perairan Terbuka (Open Water Scuba Instructor) yang mengambil masa sekurang-kurangnya 4 hari untuk diselesaikan.

Sebagai peserta dalam kursus ini, anda perlu menunjukkan bahawa anda cekap dalam melaksanakan kesemua 20 kemahiran menyelam yang diterangkan dalam borang Penilaian Kemahiran (Skill Evaluation). Anda juga perlu berupaya untuk berenang sekurang-kurangnya sejauh 800 meter/ela tanpa henti menggunakan snorkel, topeng selam dan fin.

Bagi membolehkan anda lulus bahagian teori kursus ini, anda perlu mendapat markah sekurang-kurangnya 75% dalam setiap 5 bahagian teori selam dalam peperiksaan.

MENGAPA saya harus teruja dengan IDC PADI?

Para pelajar tidak perlu bimbang kerana mereka berada di bawah bimbingan yang tepat apabila mengikuti IDC PADI di Malaysia. Pengarah Kursus kami telah mencapai 100% kadar kelulusan selama bertahun-tahun lamanya. Perkara ini adalah hasil komitmen dan dedikasi penuh beliau dalam membantu para pelajarnya. Sebagai seorang penyelam yang berkemahiran tinggi, jika tidak mengajar anda mungkin mendapati beliau sedang merakam video dan gambar di bawah air sambil melakukan selam gua atau selam teknikal (technical dive) di salah satu tapak terbaik yang ditawarkan oleh Sipadan, iaitu Turtle Tomb. Pengarah Kursus PADI ini mempunyai semangat yang tidak terhingga serta kaedah pengajaran alternatif yang pastinya akan memberi inspirasi kepada anda.

Pendek kata, inilah masanya untuk anda menerima bimbingan cemerlang di salah sebuah destinasi menyelam terbaik di dunia.

BAGAIMANA untuk saya menyertai IDC PADI?

Program IDC dijalankan di bilik darjah PADI yang selesa di Borneo Malaysia, dengan Kapalai dan Pulau Mabul terletak hanya berhampiran dengannya. Sipadan yang legenda ini terletak hanya pada jarak 30 minit perjalanan menaiki bot dan kursus ini turut merangkumi sekurang-kurangnya 3 bengkel Pengembaraan dalam Selaman (Adventures in Diving) di Sipadan.

Walaupun kursus ini sangat intensif dan memerlukan banyak masa pembelajaran, pengajaran serta latihan, namun anda masih ada masa untuk menikmati kawasan persekitaran dengan selaman tanpa had di bawah pelantar minyak. Bagi mereka yang meminati bidang fotografi makro, pemandangan yang bakal disaksikan di sini adalah bertaraf dunia. Terdapat juga bengkel tambahan yang dijalankan serentak dengan IDC jika anda sedang mencari latihan tambahan untuk menjadi pengajar PADI yang serba boleh. Bengkel-bengkel ini termasuklah pemasaran, e-pembelajaran, penggunaan produk sentuhan (touch product), selam teknikal dan banyak lagi yang akan melengkapkan diri anda dengan pengetahuan dan kemahiran yang membolehkan anda untuk mendapat pekerjaan dengan mudah selepas menamatkan IDC.

IDC PADI ialah pakej inklusif yang merangkumi segala-galanya, dari segi penginapan, 4 hidangan makanan harian sehinggalah kepada tuisyen, bahan pengajian, selaman tanpa had serta 3 permit Sipadan. Anda pastinya tidak dapat menidakkan nilai pelaburan wang anda dengan segala keistimewaan yang ditawarkan melalui IDC ini.

Tanya kami tentang Instructor Development Course

↑ Kembali ke atas