Resort Mewah Mabul
Kami boleh mengatur penginapan anda di mana-mana resort mewah di Pulau Mabul, sila hubungi kami untuk tempahan.

Tanya kami tentang Mabul resorts
Pulau Mabul menampilkan beberapa resort pantai bersama banglo atas air mewah yang menawarkan pemandangan menakjubkan, pengalaman bermakna dan banyak lagi.
Semua resort di bawah disertakan dengan Jaminan Permit Sipadan.
Kemewahan Tertinggi
Mabul Water Bungalows

Mabul Water Bungalows ialah Spa & Resort Selam Mewah yang menampilkan 24 buah Banglo Air dan 5 buah Suite Vila Air eksklusif yang lengkap dengan balkoni peribadi serta pemandangan laut yang indah.
Tahap Mewah
Sipadan-Mabul Resort

Terletak di sebelah tenggara Pulau Mabul, Sipadan-Mabul Resort merupakan Resort Pantai & Pusat Selam yang cantik, menampilkan 25 buah chalet yang selesa, berserta kolam renang dan jakuzi.
Sipadan Water Village

Sipadan Water Village yang menghadap Laut Sulawesi merupakan Resort Selam yang hebat dan menampilkan 20 buah chalet air yang lengkap dengan geladak kayu peribadi.
Tahap Sederhana
Borneo Divers Mabul Resort

Dengan 30 buah chalet pantai (berkembar) dan bilik vila, Borneo Divers merupakan resort selam pantai berskala pertengahan.
Seaventures Dive Rig

Nikmati keunikan tinggal dan menyelam di atas pelantar minyak yang diubah suai di Seaventures Dive Rig.
Mabul Beach Resort

Mabul Beach Resort (Scuba Junkie) merupakan rumah penginapan bergaya lebih bajet yang mempunyai 24 buah bilik en-suite di Pulau Mabul.
Apakah Aktiviti di Pulau Mabul?
Tertanya-tanya sama ada Pulau Mabul mempunyai cukup aktiviti yang boleh dilakukan? Sama ada anda inginkan percutian romantik, percutian santai atau pengalaman selam skuba yang hebat, terdapat banyak perkara yang boleh dinikmati di pulau ini. Berikut ialah 10 aktiviti hebat yang sesuai untuk kebanyakan pelawat ke Pulau Mabul.
Selam Skuba di Mabul
Sebab utama orang ramai melawat Mabul adalah untuk melakukan selaman yang menakjubkan.
Pulau Mabul terkenal dengan peluang melakukan selaman makronya (macro-diving), lantas memberikan pengalaman yang amat berbaloi buat pencinta hidupan marin. Carilah kelibat pygmy seahorse, harlequin shrimp, frogfish dan scorpion leaf fish. Jika cukup bertuah, anda mungkin berpeluang untuk melihat blue ringed octopus yang berbisa atau flamboyant cuttlefish yang memukau di kawasan ini.
Banyak resort di pulau ini menawarkan selaman house reef tanpa had pada setiap hari berserta selaman di sekitar Resort Kapalai dan Sipadan yang berhampiran. Anda tidak semestinya perlu menetap di Mabul semata-mata untuk menyelam atau ber-snorkeling di sana. Terdapat pengunjung dan 'backpacker' yang memilih untuk menetap di Semporna memandangkan kemudahan lawatan balik hari dan penginapan berbajet mudah untuk dicari. Resort di Semporna biasanya mempunyai penarafan antara 1 hingga 3 bintang, dan tidak mempunyai pantai.
Snorkeling di Mabul
Snorkeling di Mabul merupakan salah satu cara terbaik untuk melihat hidupan marin dalam persekitaran semula jadinya. Anda hanya perlu mengambil masa 20 minit perjalanan menaiki bot yang singkat dari Mabul ke Pulau Sipadan yang terkenal di dunia dan 5 minit perjalanan bot untuk sampai ke Kapalai. Resort selam atau pengendali selam anda boleh mengaturkan perjalanan balik hari untuk anda. Sila ambil perhatian bahawa pelan perlindungan alam sekitar kerajaan memerlukan semua individu yang melawat ke Sipadan untuk mempunyai permit. Permit tersebut perlulah diuruskan lebih awal berikutan adanya kuota harian yang ditetapkan dan keutamaan selalunya diberikan kepada penyelam.
Berkayak laut
Jika anda sentiasa tertanya-tanya mengenai aktiviti berkayak laut, inilah tempatnya untuk anda mencubanya. Seperti lut sinar di Mabul pastinya akan mempesonakan anda sambil anda mendayung ke tempat persembunyian rahsia yang tidak boleh diakses dengan berjalan kaki. Bawa bersama bekal perkelahan anda untuk dinikmati di tepi perairan laut sebelum anda mula meneroka kawasan hamparan pantai yang tidak tercemar ini.
Perkampungan Bajau Laut
Sesiapa yang berkunjung ke Mabul pasti tidak mahu melepaskan peluang melawat perkampungan Bajau Laut. Orang Bajau Laut memiliki perwatakan yang sangat terbuka dan mesra. Mereka telah digelar "gipsi laut" kerana gaya hidup nomad mereka yang hidup hampir sepenuhnya di atas air. Anda mungkin cukup bertuah kerana akan diberikan kelapa atau rumpai laut ungu oleh salah seorang daripada mereka untuk dirasai.
Menyaksikan Matahari Terbenam dan Terbit
Jadi yang pertama untuk melihat matahari terbit setiap hari dan perhatikan cara penduduk tempatan bersedia untuk memulakan hari mereka. Berdasarkan lokasi Mabul di negeri timur Sabah, ini memastikan hari anda akan bermula semasa yang lain masih lagi tidur. Matahari terbit pada jam 5:45 pagi sudah pasti merupakan tempoh penggera yang awal, tetapi sangat berbaloi untuk disaksikan. Apabila hari pengembaraan anda sudah berakhir, cari tempat yang menarik untuk berehat dan melihat matahari terbenam.
Memerhati Bintang
Langit di Mabul bersinar indah pada waktu malam dengan hiasan bintang di Bima Sakti (Milky Way). Mabul mempunyai pencemaran cahaya yang sangat sedikit lalu menjadikannya tempat yang sangat baik untuk melihat taburan bintang. Anda pastinya akan terpesona dengan jumlah bintang luar biasa banyak yang boleh dilihat dari hampir mana-mana kawasan di pulau itu
Melawat Taman Marin Tun Sakaran
Taman Marin Tun Sakaran mungkin merupakan pulau yang paling banyak diambil gambarnya di kawasan ini. Pulau Bohey Dulang merupakan sebuah kawah terendam yang dikelilingi oleh terumbu karang sepenuhnya. Keindahannya benar-benar sangat mengasyikkan.
Kembara Pulau
Terdapat banyak pulau di Sabah dan kembara pulau adalah salah satu cara yang menyeronokkan untuk menikmati keindahan yang terdapat pada mana-mana pulau ini. Kapalai dan Sipadan bukan satu-satunya pulau yang patut dikunjungi. Terdapat tempat lain seperti Pulau Mataking, Pulau Pom Pom, Siamil, dan banyak lagi pulau lain yang terletak di taman marin Tun Sakaran yang menjadi destinasi pilihan. Walaupun tempat ini terletak sedikit jauh, namun lawatan balik harinya mudah untuk diatur dari pekan Mabul atau Semporna.
Regatta Lepa
Jika anda merancang untuk melawat ke Pulau Mabul, adalah dinasihatkan untuk pergi pada hujung bulan April. Perayaan Regatta Lepa diadakan setiap tahun pada masa itu di Semporna. Suasana karnival bot yang berwarna-warni itu berlangsung selama dua hari dan memaparkan tradisi serta kebudayaan masyarakat Bajau Laut. Festival air ini menarik ribuan rakyat Sabah dan pengunjung luar negara pada setiap tahun.
Miss Scuba International
Satu lagi bulan yang popular untuk melawat Mabul ialah pada bulan November apabila pertandingan Miss Scuba International diadakan. Acara ini menarik penyertaan pelbagai golongan muda antarabangsa yang berebut gelaran ratu. Sebelum acara bermula, latihan akan diadakan sama ada di Mabul Water Bungalows atau resort Sipadan-Mabul (SMART).