254

Permit Sipadan terhad setiap hari — pastikan anda mendapat permit menyelam atau snorkeling anda lebih awal.

Taman Marin Tun Sakaran

Taman Marin Tun Sakaran ialah kepulauan seluas 35,000 hektar yang terletak di laluan masuk Teluk Darvel (Darvel Bay), di luar pantai Semporna, dan merupakan gabungan keunikan biodiversiti alam semula jadi dan marin. Ia merupakan tempat percutian yang sempurna untuk pencinta alam semula jadi, pencari budaya, perenang snorkel, pengembara jejak (hiker) dan penyelam. Para pelancong boleh berkembara berjalan kaki (hike), berjumpa dengan Gipsi Laut, menyelam skuba, melakukan aktiviti snorkeling dan melihat burung sepanjang hari di taman yang indah ini.

Berbanding pekan Semporna, alam semula jadi di sini masih tidak tercemar, manakala hidupan marinnya pula walaupun tidak sehebat Sipadan dan Pulau Mabul, masih lagi terpelihara malah dibandingkan setanding dengan Great Barrier Reef di Australia (menurut kajian saintifik oleh ahli biologi marin).

Walau bagaimanapun, bukan sekadar limpahan alam semula jadi sahaja yang menjadikan tempat ini sangat menarik. Malah, daya tarikan utamanya ialah masyarakat yang tinggal di sini - Gipsi Laut nomad, dipanggil Bajau Laut, yang menjalinkan kelangsungan hidup mereka yang sangat terikat dengan perairan di kawasan ini. Mereka tinggal di rumah bot atau rumah yang dibina di atas tiang di kawasan terumbu karang. Gaya hidup unik dan ikatan mereka dengan alam semula jadi merupakan tarikan tambahan bagi pelancong.

Pulau di Semporna

Taman Marin Tun Sakaran (TSMP) juga dipanggil Taman Pulau-Pulau Semporna (Semporna Islands Park) dan terdiri daripada 8 buah pulau serta 2 terumbu karang.

  • Bohey Dulang, pulau dengan puncak tertinggi (353m) dan merupakan tempat perlindungan burung yang cantik, mempunyai kolam batu serta air terjun
  • Bodgaya, sebuah hutan simpan dan merupakan pulau terbesar di taman marin ini
  • Pulau Maiga ialah pulau yang rata dan berpasir
  • Sibuan, merupakan salah satu pulau yang paling cantik di seluruh kawasan ini, berkeluasan hanya 15 hektar
  • Sebangkat, mempunyai aktiviti penternakan rumpai laut yang berkembang maju
  • Selakan, perbandingannya lebih berpenduduk padat dan mempunyai sebuah perkampungan
  • Tetagan, mempunyai ketinggian maksimum 80m
  • Mantabuan ialah pulau rata yang dikelilingi oleh pantai berpasir yang belum tercemar. Ia merupakan pulau terkecil dengan keluasan hanya sekitar 10 hektar
  • Pulau Bum Bum ialah pulau besar yang terletak hanya 1 km di timur Semporna

Apakah Aktiviti Utama Tun Sakaran?

Aktiviti Snorkeling dan Menyelam di Kepulauan Tun Sakaran

Taman Marin Tun Sakaran ialah tempat pembiakan dan pembesaran hidupan marin yang aktif. Terdapat lebih daripada 500 spesies ikan dan lebih 200 spesies invertebrat ditemui di sini, serta pelbagai jenis terumbu karang. Semua ini menjadikan Tun Sakaran sebagai syurga sebenar buat penyelam!

Lawatan menyelam ke terumbu karang sekeliling dan tapak selam yang popular sering dianjurkan oleh pengendali selam di resort, hotel dan pantai sekitar Mataking, Pom Pom Island, Semporna dan Singamata.

Terdapat 21 tapak selam seperti Church Reef (Tabah Siramba), Kapikan Reef, Mantabuan, Ribbon Reef, Sibuan Reef, dsb.

Sebahagian daripada pulau yang paling banyak dilawati bagi menjanjikan selaman yang hebat termasuklah:

  • Bohey Dulang - Terkenal dengan penetasan kima gergasi dan invertebrat marin, aktiviti menyelam di sini sangat menakjubkan. Terokai cabaran dengan berjalan merentas hutan menuju ke puncak (hike) dan anda akan disajikan dengan panorama memukau menghadap lagun di sekelilingnya.
  • Mantabuan - Pulau ini mempunyai tiga tapak selam berbilang aras yang hebat bernama Black Coral Garden, Stingray Alley Way dan Star Point. Penuh dengan karang lembut dan keras yang berwarna-warni, kawasan ini terkenal dengan pertemuan kawanan besar pari manta, pari helang dan pari syaitan.
  • Pulau Maiga - Pulau di bahagian selatan yang indah ini terkenal bukan sahaja kerana keindahan semula jadinya yang luar biasa, malah juga kerana layanan penduduknya yang mesra. Sumber pendapatan utama masyarakat gipsi laut nomad ini ialah perikanan. Dikelilingi oleh terumbu yang terpelihara serta karang yang berwarna-warni, anda akan melihat pelbagai spesies ikan yang seakan menari seperti clown fish, angelfish, ikan merah (snapper) dan blue tang.

Pusat selam dan pengendali juga menjalankan kursus selam PADI di taman marin ini.

Mendaki ke Bohey Dulang

Pulau Bohey Dulang mempunyai denai laluan yang mendaki ke puncaknya. Laluan tersebut menuju ke puncak setinggi 353 meter dan memaparkan fauna yang sangat berbaloi untuk dilihat seperti burung, rama-rama dan monyet (kera ekor panjang) serta tentunya pemandangan lagun biru dan TSMP Islands.

Lawati Pusat Penetasan Kima Gergasi dan Invertebrata Marin

Sejak tahun 2006, Bohey Dulang menjadi pangkalan untuk pusat penetasan (hatchery) yang dipanggil Pusat Penetasan Kima Gergasi dan Invertebrat Marin (GCIH), yang ditubuhkan hasil kerjasama antara Taman-taman Sabah (Sabah Parks) dan projek Projek Darwin Kepulauan Semporna (SIDP). Spesies kima gergasi yang sukar ditemui dibiakkan di tapak penetasan ini.

Pemerhatian Burung di Tun Sakaran

Pulau Bohey Dulang dikategorikan sebagai tempat perlindungan burung seawal tahun 1933, dan ia kini merupakan sebahagian daripada Taman Marin Tun Sakaran. Kepadatan burung yang tinggi di pulau itu menjadikannya syurga bagi pemerhati burung.

Senarai spesies burung yang pernah direkodkan: Pergam Rawa (Pied Imperial Pigeon), Pergam (Metallic Pigeon), Punai Emas (Nicobar Pigeon), Burung Tambun (Tabon scrubfowl), Pekaka Bakau (Collared kingfisher) dan Enggang (Pied Hornbill), Helang laut bersama burung hantu, raptor, sambar (flycatcher), murai (thrush), merbah (bulbul) dan kelicap (sunbird).

Berjumpa dengan Bajau Laut

Suku nomad dan yang berpendapatan sangat rendah daripada Gipsi Laut, atau dikenali masyarakat tempatan sebagai Bajau Laut, mendiami pulau-pulau di Bohey Dulang, Bodgaya, Mantabuan, Sibuan dan Maiga. Kehidupan di dalam bot kayu mereka atau di perkampungan air serta keunikan hubungan mereka dengan persekitaran laut merupakan satu tarikan yang unik.

Di manakah Resort di Tun Sakaran?

Mereka yang ingin melawat ke tempat ini perlu menetap di pulau berhampiran, seperti di Pulau Mataking, Pom Pom Island, Singamata atau di Pekan Semporna. Kesemua tempat ini menawarkan hotel dan resort yang bagus dan sedia untuk membawa pengunjung ke taman ini. Pada masa ini, tiada penginapan disediakan di dalam kawasan taman ini.

Bagaimana Cara untuk Ke Kepulauan Tun Sakaran?

Perjalanan menaiki bot laju dari Pulau Pom Pom dan Mataking akan mengambil masa kira-kira 20 minit untuk ke taman marin. Resort tersebut turut mengaturkan lawatan ke Taman tersebut pada setiap hari. Jarak dari Semporna mengambil masa kira-kira 35 minit dan Pulau Mabul ialah yang paling jauh lantas memerlukan masa lebih daripada satu jam perjalanan (bergantung pada keadaan air pasang surut).

Tanya kami tentang Tun Sakaran Marine Park

↑ Kembali ke atas