Menyelam di Sipadan
Pulau Sipadan dinilai sebagai 5 Tapak Selam terbaik di dunia !

Sipadan diiktiraf sebagai destinasi selaman terbaik di Malaysia dan antara yang terbaik di dunia.
Tanya kami tentang menyelam di Sipadan
Sipadan ialah satu-satunya pulau lautan di Malaysia, yang muncul setinggi 600m (2,000 kaki) dari dasar laut. Ia terbentuk selama beribu-ribu tahun hasil pertumbuhan karang hidup di atas gunung berapi yang telah pupus.
Pulau tropika yang terletak di luar pantai tenggara Sabah ini terkenal dengan pemandangan bawah air yang menakjubkan dan mempunyai bilangan spesies marin yang sangat besar.
Nikmati pemandangan selaman yang menakjubkan seperti:
- Kawanan barracuda dalam formasi menyerupai puting beliung.
- Penyu karah dan penyu hijau yang sedang mengawan.
- Ikan big-eye trevally dalam formasi menyerupai pusaran.
- Hidupan pelagik seperti pari manta, pari helang, jerung reef, jerung hammerhead dan jerung paus (whale shark).
Selam skuba di wilayah ini boleh dilakukan sepanjang tahun, dengan jarak penglihatan terbaik dari pertengahan bulan Februari hingga pertengahan bulan November — bagaimanapun Pulau Sipadan akan ditutup sepanjang bulan November pada setiap tahun.
Penyelam: Sila tempah permit selam Sipadan anda lebih awal.
Tempoh penginapan yang disyorkan: 5 hingga 14 hari (termasuk pulau-pulau berhampiran).
Peta selam Sipadan
Terletak di luar pantai timur Sabah, Malaysia, Mengapa Sipadan? merupakan salah satu destinasi selaman yang paling terkenal di dunia, malah ia mungkin juga berada dalam senarai impian semua penggemar selam. Sekali kunjungan sahaja, anda akan memahami mengapa ahli oseanografi terkenal Jacques Cousteau mengisytiharkan Pulau yang indah ini sebagai "Karya seni yang tidak terusik".

Spesies Marin Nadir manakah yang boleh ditemui di Sipadan?
Terkenal dengan terumbu karang dan beribu-ribu spesies hidupan marin yang menakjubkan serta pelbagai, sesetengah daripada hidupan yang memukau ini (Lihat di bawah) kini merupakan spesies yang paling nadir di dunia atau sangat terancam. Ia amat dilindungi dengan beberapa projek pemuliharaan yang sedang dijalankan, serta pengeluaran permit selam yang sangat ketat.
Penyu Laut
Daripada hanya 7 spesies penyu di dunia, 4 daripadanya boleh ditemui di sini! Penyu-penyu ini merupakan tarikan utama di sini kerana dengan hanya satu selaman, anda berpeluang melihat lebih banyak penyu daripada yang pernah anda lihat di tempat lain seumur hidup. Jumlahnya boleh mencecah sehingga 20 ekor berdasarkan perkongsian dalam beberapa blog selam. Beribu-ribu penyu ini datang bersarang di pantai Sipadan sepanjang tahun. Kebanyakan penyu bertelur pada bulan April hingga bulan September dan memuncak pada sekitar bulan Ogos, lantas memberikan peluang terbaik kepada penyelidik untuk mengkajinya. Namun begitu, bilangan penyu ini semakin berkurangan akibat diburu untuk mendapatkan dagingnya, penuaian telur secara berlebihan atau terperangkap pada pukat. Oleh itu, terdapat projek pemuliharaan penyu di kawasan ini yang berfungsi untuk melindungi habitat semula jadi haiwan ini.
Chelonia Mydas - Penyu Hijau
Named for the colour of their skin and shells, these are the largest sea turtle species, can be as big as 1.5m long and could weigh as much as 320kgs. Being the only herbivores, they are often found hovering in the seagrass and algae which they eat.Nudibranch
Terdiri daripada keluarga lintah bulan (slug), hidupan invertebrat yang pelik ini ialah moluska tanpa cangkerang dengan badan seperti jeli, bersaiz antara 2cm hingga 24cm panjang. Terdapat lebih 2000 spesies dengan pelbagai warna terang di dunia, dan beberapa daripadanya yang jarang ditemui boleh dilihat di Sipadan. Nama saintifik 'Nudibranchia' bermaksud Insang Terdedah, dan terdapat dua jenis yang diketahui - Dorid yang berkulit hampir licin dengan insang berbulu kecil berhampiran bahagian belakang, manakala Aeolid pula mempunyai organ runcing atau insang berbulu yang dipanggil 'Cerata' di seluruh bahagian belakangnya. Nudibranch ialah haiwan karnivor, yang memakan span (sponge) terumbu, teritip (barnacles), telur ikan, buran (anemone) malah juga spesies nudibranch lain. Menariknya, hidupan ini ialah hermafrodit yang mengawan dengan mana-mana ahli spesiesnya.
Glossodoris Stellatus atau Starry Nudibranch ialah salah satu spesies Aeolid yang paling jarang ditemui di Sipadan, kerana sebelum ini ia hanya pernah dilihat di Papua New Guinea iaitu tempat ia pertama kali ditemui. Tubuhnya berwarna coklat gelap atau hitam dengan 12 bebulu brakial runcing di sepanjang belakang badannya. Tubuhnya dilitupi dengan bintik-bintik putih kecil, lantas memberikannya nama "Starry" (Bintang-bintang).
Phyllidiopsis Kremfi - Ini ialah salah satu spesies Dorid Nudibranch yang terbesar dan paling jarang ditemui di Sipadan. Ia berwarna merah jambu seperti gula-gula kapas dengan dua garisan panjang dan beberapa garis selari di sepanjang bahagian belakangnya. Tubuhnya dilitupi oleh bonggol-bonggol kecil berwarna putih yang menyerupai bertih jagung (popcorn). Untuk mengenal pasti yang kepalanya, cari sesungut hitam kecil yang dipanggil Rhinophores.
Phyllidia Babai - Daripada 6 spesies bagi keluarga phyllidae, Nudibranch yang sukar dikesan ini merupakan spesies yang paling nadir. Ia berwarna kelabu, krim dan kuning pucat dengan bonggol kecil putih yang tersusun dalam lingkaran hitam, manakala bahagian bawahnya berwarna kuning terang. Kebanyakan spesies keluarga ini cenderung untuk mengeluarkan bahan kimia beracun dan berbau yang menjadi toksik kepada ikan serta haiwan pemangsa kerang-kerangan (shellfish).
Timun Laut
Terdapat lebih 1200 spesies timun laut dalam pelbagai warna di dunia. Rupa bentuknya tidak comel kerana kelihatan aneh dan luar biasa, tetapi ia amat penting secara ekologi kerana ia mengekalkan kebersihan laut! Timun laut biasanya ditemui berehat di atas permukaan atau separuh tertanam di dasar laut berpasir. Hidupan pemakan dasar laut (bottom feeder) ini menggunakan sesungut atau kaki tiub makannya untuk mengumpul dan memakan sisa, sisa pereputan atau bahan organik. Timun laut kemudiannya 'membuang' pasir berudara yang kelihatan bersih dan berkhasiat ini, yang seterusnya dapat membantu memastikan keseimbangan ekosistem.
Thelonota Anax atau Giant Sea Cucumber (Timun Laut Gergasi) - Spesies ini agak jarang ditemui, berukuran sehingga 61cm panjang, dan sekitar 13cm lebar, dengan kulit kasarnya yang berbeza-beza daripada warna kuning hingga kelabu bersama tompok coklat. Di sekitar Sipadan, spesies ini hanya pernah ditemui di dasar berpasir dan celah runtuhan di tapak selam Barracuda Point. Oleh sebab saiznya yang sangat besar, spesies ini menjadi perumah yang ketam dan siput menetap di belakangnya.
Actinopyga Albonigra - Timun Laut ini boleh ditemui di kawasan perairan cetek, biasanya merayau di sepanjang dasar laut berpasir untuk mencari makanan. Ia memiliki kulit kelabu pucat bertompok-tompok hitam dan coklat, lantas digelar 'sosej Dalmatian' oleh kebanyakan penyelam.
Tapak Sulaiman
Mungkin ini adalah hidupan laut yang paling cantik. Terdapat sekitar 2000 spesies ekinoderma ini di dunia dan hidupan ini berkaitan dengan sand dollar dan landak laut (sea urchin). Dengan kulitnya yang keras dan bertulang, ia mempunyai warna seindah pelangi yang berbentuk bintang dengan 5 lengan, namun ada beberapa spesies diketahui mempunyai 10 malah sehingga 40 lengan! Sebagai karnivor air masin invertebrat tanpa otak, darah atau mata, hidupan ini boleh menumbuhkan semula anggotanya yang hilang. Jangka hayatnya juga boleh mencecah hingga 35 tahun dengan memakan kima (clam), ikan mati, tiram, terumbu karang dan kupang.
Thromidia Catalai - Salah satu hidupan terbesar yang diketahui daripada spesiesnya, warnanya bermula daripada warna putih dan kuning hingga ke warna jingga dengan hujung berwarna coklat. Juga biasa dipanggil Tapak Sulaiman Hujung Coklat, Berat atau Gemuk (Brown-tip, Heavy atau Fat Starfish), ia boleh mencapai berat seberat 6kg, dan berukuran sehingga 100cm diameter. Spesies ini menetap di lagun atau di bahagian pinggir luar terumbu, namun hidupan ini jarang dilihat di seluruh habitat semula jadinya. Maka penemuannya yang direkodkan di Sipadan merupakan satu perkhabaran gembira bagi Kepulauan Indo-Malaya (Indo-Malayan Archipelago).
Celerina Heffernani - Tapak Sulaiman yang jarang ditemui dan cantik ini lebih dikenali sebagai Heffernan's Sea Star atau Pebbled Sea Star. Spesies ini mempunyai pelbagai warna iaitu dari biru, jingga dan merah dengan tompokan berbentuk bulatan krim, dan paku kecil pada kedua-dua belah lengannya. Berdiameter hanya 10cm, makhluk kecil ini merupakan penemuan yang menarik di Sipadan untuk penggemar jurugambar makro dan penyelidik copepod memandangkan hanya terdapat beberapa rekod penemuannya di lokasi Indo-Pasifik yang lain.
Sipadania Celerina - Parasit copepod halus seumpama pijat atau kutu kepala ini hidup pada alat kelamin Tapak Sulaiman Celerina Heffernani dan dinamakan bersempena nama Tapak Sulaiman tersebut serta Pulau Sipadan. Parasit ini mempunyai tanda palang merah yang menyerlah pada badannya untuk menyamar daripada pandangan perumahnya.
Siput Laut
Charonia Tritonis atau Triton's Trumpet dinamakan sempena Triton, anak kepada dewa laut Yunani Poseidon. Ia merupakan moluska gastropod marin yang besar - sejenis Siput Laut dengan cengkerang menarik yang boleh membesar hingga kira-kira 2 kaki panjang. Ia adalah pemangsa yang ganas kepada Tapak Sulaiman, terutamanya spesies Crown-of-Thorns, menggunakan lidah setajam pisau untuk memotong kulitnya yang keras, lalu mencarik-cariknya. Tapak Sulaiman Crown-of-Thorns telah diketahui umum sering memusnahkan dan mematikan sebahagian besar kawasan terumbu karang. Oleh itu, Triton's Trumpet memainkan peranan ekologi yang amat penting dalam mengawal serangan hidupan ini.
Span Laut
Terdapat sekurang-kurangnya 80 spesies Span Laut berwarna-warni yang ditemui di Pulau Sipadan, namun hanya 30 daripadanya yang telah dikenal pasti dengan tepat. Sebahagian daripada yang belum dikenal pasti itu berkemungkinan merupakan spesies baharu atau jarang dijumpai. Sebagai hidupan ringkas tanpa organ, tisu, kepala, mulut atau mata, Span Laut meneruskan kelangsungan hidup dengan mengepam air melalui liangnya dan menyerap zarah makanan. Ia juga boleh hidup sehingga 100 tahun, tetapi mempunyai beberapa pemangsa seperti Nudibrankhia, Ikan Kotak dan Ikan Buntal. Menariknya, banyak span laut di sekitar Sipadan didapati mempunyai ciri-ciri antibiotik dan antimikrob semula jadi, yang mungkin dapat menggantikan ubat sintetik pada masa hadapan!
| Tapak Selam Sipadan | Kedalaman min | Kedalaman maks | Tahap | Jenis Selaman | |
| 1 | Barracuda Point | 5m 16kaki | 40m 131ft | AOW | Dinding, Terumbu |
| 2 | Taman karang | 10m 33ft | 23m 75ft | OW | Dinding, Terumbu |
| 3 | Hanging Gardens | 5m 16kaki | 40m 131ft | OW | Dinding, Terumbu, Jerung |
| 4 | Sarang udang karang | 25m 82ft | 40m 131ft | AOW | Dinding, Terumbu, Ikan Besar |
| 5 | North Point | 25m 82ft | 40m 131ft | AOW | Arus, Dinding, Terumbu, Jerung |
| 6 | South Point | 20m 65ft | 40m 131ft | AOW | Dinding, Terumbu |
| 7 | Staghorn Crest | 20m 65ft | 40m 131ft | AOW | Dinding, Terumbu, Jerung |
| 8 | The Jetty | 3m 10ft | 40m 131ft | OW | Dinding, Terumbu |
| 9 | Turtle Cavern | 14m 46ft | 23m 75ft | AOW | Gua, Terumbu |
| 10 | Turtle Patch | 5m 16kaki | 12m 39ft | OW | Dinding, Terumbu, Jerung |
| 11 | Turtle Tomb | 17m 56ft | 23m 75ft | Divemaster | Gua |
| 12 | West Ridge | 18m 59ft | 40m 131ft | OW | Dinding, Terumbu, Jerung |
| 13 | Whitetip Avenue | 17m 56ft | 40m 131ft | OW | Dinding, Terumbu, Jerung |
| 14 | Midreef | 5m 16kaki | 40m 131ft | AOW | Dinding, Terumbu |
| 15 | The Drop Off | 5m 16kaki | 40m 131ft | AOW | Dinding, Terumbu |
