Resort Sipadan
Pulau Sipadan adalah sebuah kawasan yang dilindungi. Sejak tahun 2005, kesemua resort Sipadan ditempatkan di kepulauan berhampirannya seperti Pulau Mabul, Pulau Kapalai dan Pulau Mataking.

Kemewahan Tertinggi
Mabul Water Bungalows

Mabul Water Bungalows Resort terletak terus di atas perairan Pulau Mabul yang berwarna biru firus (turquoise) dan menawarkan pilihan terbaik dalam kemewahan. Resort bulan madu yang memenangi anugerah ini ialah pilihan popular untuk penyelam berkat house reefnya yang menakjubkan dan jaraknya yang berhampiran dengan Pulau Sipadan.
Sipadan-Mabul Resort

Sipadan-Mabul Resort terletak di pantai pasir putih Pulau Mabul yang cantik betul-betul di tengah-tengah destinasi menyelam terbaik di dunia. Kemudahan termasuklah sebuah kolam renang dan jakuzi.
Resort Pulau Mataking

Mataking - The Reef Dive Resort - ialah percutian pulau persendirian yang cantik dan dikelilingi oleh pantai berpasir putih. Resort ini merupakan percutian syurga yang memukau dan sesuai untuk keluarga yang mempunyai anak kecil hasil kepelbagaian aktiviti atas airnya.
Tahap Mewah
Resort Kapalai

Sipadan-Kapalai Dive Resort dibina di atas tiang tepat di tengah-tengah Laut Sulawesi dan chalet mewah ini menawarkan pemandangan indah perairan laut firus (turquoise) serta dilengkapi jakuzi. Resort ini sering menjadi destinasi pilihan percutian bulan madu.
Pom Pom Island Resort

Terletak di Taman Marin Tun Sakaran, Pom Pom Island ialah sebuah pulau yang tidak tercemar yang resort selamnya menawarkan Permit selam Sipadan. Ia juga merupakan resort menyelam PADI yang menawarkan pelbagai pilihan selaman termasuklah selaman riadah dan kursus menyelam di pulau berhampiran seperti di Sipadan, Mataking, Bohayan, Timba Timba dan Taman Marin Tun Sakaran.
Sipadan Water Village

Sipadan Water Village Resort menampilkan pelbagai jenis chalet dengan pemandangan laut, kemudahan bar, restoran, pusat selam serta house reef yang menakjubkan.
Tahap Sederhana
Borneo Divers Mabul Resort

Borneo Divers Mabul Resort terletak di pantai Pulau Mabul yang cantik dengan pemandangan laut yang indah. Resort ini dilengkapi dengan kolam renang dan setiap chalet mempunyai balkoni peribadinya sendiri.
Seaventures Dive Platform

Seaventures Dive Resort ialah sebuah hotel unik yang dibina pada pelantar minyak yang diubah suai. Resort ini terletak tidak jauh dari Pulau Mabul dan mempunyai house reef yang terkenal betul-betul di bawah resort tersebut.
Bot Penginapan Liveaboard Sipadan
MV Celebes Explorer

Kapal Celebes Explorer 9 merupakan kapal layar mewah serba baharu yang kini beroperasi sejak bulan September 2019 dan dilengkapi dengan 8 buah kabin yang selesa.