Pom Pom Island Resort
Pom Pom Island Dive Resort merupakan resort pulau mewah yang dibina di atas sebuah pulau tropika persendirian di Laut Sulawesi.

Calet & Vila
Pom Pom Island Resort menampilkan Vila Berhadapan Pantai, Vila Air, Vila Taman, Vila Heksa dan Rumah Kampung yang dibina mengikut gaya tradisional dan mesra alam.

Terdapat 5 jenis bilik berbeza yang disediakan di Pom Pom Island Resort, butirannya boleh didapati di bawah:
Beach Villa
Water Villa
Garden Villa
Hexa Villa
Beach Villa
Kemudahan:
- Penyaman udara dengan kipas siling
- Bar mini berserta teh dan kopi percuma
- Pancuran air panas dan pancuran mandi luar
- Katil jemur matahari di luar dengan tuala pantai
- Pengering rambut
- Bersaiz 825 kaki persegi atau 77m²
Resort ini menempatkan 22 Beach Villas yang serba luas dan tersembunyi dengan dikelilingi deretan pepohon dan hutan tropika.
Vila-vila ini menampilkan balkoni yang luas dengan pemandangan laut yang menakjubkan berserta tempat duduk buluh yang selesa.
Setiap buah vila boleh memuatkan 2 buah katil tambahan manakala 6 buah vila terakhir yang dibina pula mengandungi ruang tamu dan bilik tidur yang berasingan.
Water Villa
Sebanyak 9 Water Villas dibina di sepanjang jeti sejauh 300 meter dan membawakan pemandangan laut yang menakjubkan serta terpencil dan tepat di pinggir air.
Sangat sesuai untuk mereka yang sedang berbulan madu atau mereka yang sangat berminat dengan aktiviti snorkeling dengan akses mudah ke perairan, Water Villas merupakan suatu kemewahan yang sangat menawan dengan pancuran air dan tab mandi yang terletak di hadapan tingkap besar yang menghadap ke arah laut.
Garden Villa
Kemudahan:
- Penyaman udara dengan kipas siling
- Bar mini berserta teh dan kopi percuma
- Pancuran air panas dan pancuran mandi luar
- Katil jemur matahari di luar dengan tuala pantai
- Pengering rambut
- Bersaiz 825 kaki persegi atau 77m²
Terdapat 6 buah Garden Villas yang menyajikan pemandangan taman yang menakjubkan dan kemampuan memuatkan 2 buah katil tambahan.
Terletak hanya beberapa langkah berjalan kaki sahaja dari permukaan air, Garden Villas ini sangat luas dan selesa, malah 2 buah vila terbaharunya turut mempunyai ruang tamu dan bilik tidur yang berasingan.
Setiap Garden Villa menawarkan:
Hexa Villa
Kemudahan:
- Penyaman udara dengan kipas siling
- Kawasan duduk luar berbumbung
- Bar mini berserta teh dan kopi percuma
- Pancuran air panas dan pancuran mandi luar
- Katil jemur matahari di luar dengan tuala pantai
- Pengering rambut
- Bersaiz 825 kaki persegi atau 77m²
Seperti mana tertera pada namanya, 3 buah Hexa Villas ini dibina dengan berasaskan rekaan berbentuk heksagon.
Terletak pada aras persisiran pantai dan hanya beberapa langkah sahaja dari kawasan pantai, setiap buah vila didatangkan dengan ruang tempat duduk luar yang menyenangkan, lengkap dengan meja kopi dan kerusi yang selesa.
Hexa Villa ini menjanjikan penginapan yang sangat selesa, namun tidak disyorkan untuk menyertakan katil tambahan padanya.
Ciri-ciri Vila Air
Rumah Kampung
Rumah Kampung ialah sebuah bangunan unik yang dibina meniru gaya rumah ibunda sebuah keluarga tempatan. Alami pengetahuan menarik ini mengenai satu budaya baharu dengan menghabiskan masa anda tidur di kediaman yang dikelilingi sepenuhnya oleh alam semula jadi dan rimbunan pokok dengan pemandangan laut 3 meter di bawahnya. Balkoni Rumah Kampung ialah tempat yang paling sesuai untuk bersantai sambil menikmati bayu laut.
Ciri-ciri Rumah Kampung:
Tambahan pula, semua vila menawarkan kemudahan berikut:
Terletak di tengah-tengah perairan Segitiga Terumbu Karang (Coral Triangle), Pulau Pom Pom terkenal dengan kepelbagaian biodiverstinya, penyu laut dan merupakan syurga bagi pencinta makro.
Pulau ini ialah tapak persarangan untuk penyu Karah dan penyu Hijau. Hujung bulan April sehingga bulan Ogos merupakan bulan bagi penyu bertelur, dan pelawat yang mengunjungi pada bulan-bulan tersebut boleh menyertai rondaan penyu yang dianjurkan oleh Pom Pom Island Resort untuk melihat aktiviti bertelur penyu.
Pulau Pom Pom menawarkan akses kepada lebih daripada 20 lokasi selaman bersama terumbu karang terpelihara dan pulau-pulau seperti Pulau Pom Pom, Mataking, Timba-timba, Kalapuan, Baturua, Mantabuan, Bohaydulong, Terumbu Batarua dan Taman Marin Tun Sakaran. Menyelam di Pulau Sipadan juga boleh dilakukan, namun ia bergantung pada kekosongan.
Semak Tarikh & Harga di Pom Pom Island Resort
Pusat Selam Pulau Pom Pom
Pulau Pom Pom ialah Pusat Selam PADI 5-bintang berlesen yang menawarkan kursus menyelam bagi Pemula dan Discovery ke tahap yang lebih tinggi seperti pensijilan Rescue serta pilihan e-pembelajaran yang membolehkan anda memulakan latihan praktikal sejurus ketibaan anda. Apa jua pilihan anda, Pulau Pom Pom adalah destinasi hebat untuk memulakan pengembaraan skuba anda atau meneruskannya dengan pensijilan tambahan.
Selam skuba hanyalah satu daripada pelbagai aktiviti yang terdapat di resort ini, yang terletak dengan mudah di pusat selam bersijil PADI di resort.

Restoran Calyx
Makanan tradisional yang lazat (Melayu dan Cina), makanan laut dan juga masakan barat disajikan di Pom Pom Heart, sebuah restoran konsep terbuka yang direka dengan cantik.

Terdapat kawasan bar yang sesuai untuk menikmati segelas wain, bir, koktel atau secawan kopi Itali.

Yin & Yang Spa
Yin & Yang Spa menawarkan pelbagai jenis urutan dan rawatan yang direka khas untuk memanjakan deria anda.

Pusat Penetasan Penyu
Pulau Pom Pom merupakan tapak kepada sebuah pusat penetasan penyu yang cemerlang dan semakin berkembang dengan pesat setiap tahun hasil bantuan unit Biologi Marin serta pasukan terlatih oleh Taman-Taman Sabah.
Pasukan pusat penetasan penyu mengumpul, merekodkan dan memelihara telur penyu di pusat penetasan yang terletak di resort itu.
Para tetamu boleh membantu menyumbang kepada ekosistem dengan menjadikan sarang penyu sebagai sarang angkat dan menyediakan dana yang amat diperlukan bagi meneruskan usaha murni yang dimulakan oleh pihak pusat penetasan penyu.

Tetamu mungkin bernasib baik dapat melihat penyu yang baru menetas dilepaskan semula ke dalam air dan ia merupakan satu pengalaman yang hebat serta tidak dapat dilupakan.
Aktiviti Lain
Aktiviti lain termasuk:
Liveaboard Pulau Pom Pom
Pelayaran mewah ke pulau-pulau berdekatan kini disediakan dengan MV Putry Pom Pom Liveaboard yang baharu dibina.
Aktiviti baharu ini hadir dalam bentuk bot Pom Pom Princess atau 'Putri Pom Pom', sebuah liveaboard yang direka mengikut gaya tradisional Indonesia. Bot ini direka dengan memberi penekanan kepada keselesaan dan menjadikan pelayaran ke pulau-pulau berdekatan sebagai pengalaman yang menyeronokkan.
Buat tempahan di Pom Pom Island

Ini merupakan satu peluang baharu dan menarik yang ditawarkan di Pulau Pom Pom bagi mereka yang ingin melihat pemandangan dari perspektif berbeza dan mempunyai akses yang lebih mudah untuk pergi ke lokasi menyelam yang hebat di sekitar pulau itu.
Pom Pom Island Resort menawarkan pakej menyelam dan bukan menyelam
Buat tempahan anda dalam talian — diskaun istimewa
Ulasan & Penilaian Pelanggan
Diterjemah daripada Bahasa Inggeris
"Pom Pom Island Resort sememangnya sangat indah mendamaikan. Vila tepi pantai kami menghadap terus ke arah pasir putih halus dan lautan yang membiru. Suasananya begitu aman dan tenang, sangat sesuai untuk percutian yang mendambakan kelonggaran serta berbulan madu. Kami bersnorkel setiap hari dan berpeluang melihat pelbagai kelibat penyu. Pom Pom malah telah mengaturkan urusan mendapatkan permit snorkeling Sipadan buat kami. Makanannya sangat sedap dan dihidangkan bersama aneka makanan laut yang segar. Ribuan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada barisan kakitangannya yang berjaya menjadikan penginapan kami suatu detik yang tidak akan dilupakan menerusi layanan mesra dan perhatian penuh teliti. Mereka telah mempermudahkan urusan kami untuk mengatur satu persinggahan di resort milik mereka yang terletak di Sepilok bagi membolehkan kami melawat tempat Orang Utan yang ia merupakan salah satu pengalaman paling menakjubkan bagi kami."
Yuki Nakamura, Osaka, Japan
Diterjemah daripada Bahasa Inggeris
"Biarpun hakikat bahawa mereka tidak mempunyai permit Sipadan, saya sangat mengesyorkan Pom Pom Island Resort berikutan kami merasai percutian yang paling indah di sana. Apa yang paling melekat dalam ingatan saya pastinya gaya profesionalisme para divemaster, di samping kemesraan pasukan kakitangan resort dalam membantu kami. Saya menginap di sana selama 4 hari sebelum meneruskan perjalanan ke Pulau Mabul berdekatan dengan Sipadan yang juga merupakan tempat yang hebat untuk menyelam."
Mickael Lee, Singapore
Diterjemah daripada Bahasa Inggeris
"Pom Pom Island mempunyai semua yang kami perlukan, kakitangannya cekap dan sopan, dan makanannya sungguh sedap. Kami menginap di vila air dengan pemandangan menakjubkan laut Celebes. Kami boleh berenang dan bersnorkel betul-betul di hadapan vila, terutamanya sewaktu air pasang. Pulaunya kecil dan anda boleh berjalan kaki di sekelilingnya. Kami sangat menikmati lawatan snorkeling yang diadakan di pulau-pulau bersebelahan."
Phaibun Songprawati, Phuket, Thailand
Diterjemah daripada Bahasa Inggeris
"Nilai yang hebat untuk wang anda. Kami telah menginap di Beach Villa dan pemandangannya memang cemerlang. Perkhidmatan yang kami terima sangat memuaskan dan makanan yang disediakan oleh mereka (gaya bufet) sangat enak. Kami cukup bertuah kerana berpeluang menginap selama 3 malam di tempat yang memukau ini. Tetapi ia terbina di atas sebidang tanah dengan keindahan alam semula jadi yang menakjubkan. Ditambah pula dengan segala keselesaan yang disediakan oleh resort yang melengkapkan sepenuhnya pengalaman penginapan kami di sana."
Annette Schwartz, Kuala Lumpur, Malaysia
Diterjemah daripada Bahasa Inggeris
"Privasi, santai, dan syurga dunia merupakan perkataan yang paling tepat untuk saya menggambarkan tentang Pom Pom Resort Island. Ia merupakan sebuah destinasi ideal untuk percutian keluarga dan sangat bertepatan untuk percutian berbulan madu. Kami telah bersnorkel bersama-sama dengan penyu laut dan ia memang satu momen yang terindah."
António Álvares, Lisboa, Portugal
Diterjemah daripada Bahasa Inggeris
"Pulau ini seindah mutiara. Garden Villa, iaitu tempat penginapan yang kami pilih, menyajikan kami dengan pemandangan menakjubkan sebuah taman persendirian. Tujuan utama kami datang ke Pom Pom adalah untuk bersnorkel. Memandangkan terdapat 3 orang kanak-kanak di dalam kumpulan kami, kami telah mengambil keputusan untuk mengikuti sesi snorkeling setengah hari. Para krewnya sangat sangat membantu dan menggalas segala yang diperlukan bagi memastikan segalanya berjalan lancar. Unit lain seperti barisan pentadbir dan kakitangan restoran turut menyediakan perkhidmatan yang cekap. Malahan demi menyajikan layanan yang terbaik buat kami, kakitangannya tanpa ragu-ragu sanggup mengejutkan kami pada waktu larut malam bagi menunjukkan sebuah proses penyu bertelur. Kami menyaksikan dengan penuh kagum apabila penyu itu mulanya menggali sebuah lubang lalu turun dengan perlahan-lahan, sebelum menggali lagi satu kebuk telur yang 160 butir telur ditumpangkan di sana, dan mengakhirinya dengan menimbus ruang tersebut dengan pasir. Sebarang ancaman keselamatan sedikit pun tidak membimbangkan kerana tidak kira pihak polis mahupun pegawai pengawal sentiasa berada di mana-mana, malah di atas bot yang membawa kami untuk menyelam dan bersnorkel."
Madison Kennedy, Cape Town, South Africa


