Kursus Open Water
Kursus yang disesuaikan untuk memenuhi keperluan individu anda.
Mula menyelam - PADI Open Water Diver
Tarik nafas pertama anda di bawah air dan temui pengalaman yang menarik serta unik.
Sama ada anda menginap selama beberapa hari atau untuk percutian yang lebih panjang, ini ialah kursus untuk memulakan pengembaraan menyelam anda.
Menjadi seorang OW Diver bermakna anda akan diperakui untuk menyelam di mana-mana sahaja termasuk di Pulau Sipadan.
SIAPA yang bersedia untuk pengembaraan?
Sesiapa sahaja yang berumur lebih 14 tahun yang mencari keseronokan seterusnya di lautan biru dalam. Selagi anda sihat, agak cergas dan selesa di dalam air, anda bersedia untuk menyahut cabaran ini!
Jika anda masih belum mencapai umur 14 tahun - jangan bimbang! Anda masih boleh memulakan perjalanan skuba anda dengan kursus PADI Junior Open Water Diver atau bagi kanak-kanak yang lebih muda kursus PADI Bubblemaker.
APAKAH keistimewaannya?
Pernahkah anda terfikir bagaimana sebenarnya penyelam boleh bernafas di bawah air? Atau bagaimana rasanya berada di kedalaman beberapa meter di bawah air dengan beribu-ribu tan air di atas anda?
Kursus Open Water adalah tentang membiasakan diri dengan asas-asas menyelam - teknik dan prinsip serta sains di sebalik semuanya.
Belum lagi mengenai pembelajaran tentang setiap peralatan, apakah fungsinya dan berpeluang untuk menguji kesemuanya.
Kursus Open Water memberi anda masa untuk berlatih menggunakan peralatan menerusi 5 kali selaman di perairan terkurung dan kemudian membawa anda ke lautan luas untuk merasai pengalaman magis bawah air pertama anda dengan 4 atau 5 kali selaman perairan terbuka yang menyeronokkan.
KE MANAKAH ia akan membawa saya?
Ke dunia yang sukar dipercayai dan sebahagian besarnya belum diterokai untuk memerhatikan makhluk yang belum pernah dilihat sebelum ini. Nikmati kebebasan menyelam di Pulau Sipadan dan di mana-mana sahaja di dunia!
Kursus menyelam selalunya akan dikendalikan di sekitar Pulau Mabul, Seaventures Dive Rig, Pulau Kapalai dan Pulau Mataking (bergantung pada pulau tempat anda menginap).
BILA saya akan bersedia?
Dalam masa 3 hari (atau lebih banyak hari jika anda memerlukannya), anda akan menjadi penyelam Open Water yang berkelayakan dan bersedia untuk melepaskan keterujaan anda dengan menyelam di Pulau Sipadan, Pulau Mabul dan Pulau Kapalai, dan seterusnya di seluruh lautan planet ini.
MENGAPA saya harus berasa teruja?
Anda akan menjadi penyelam bertauliah di bawah organisasi yang amat disegani dan menikmati pengiktirafan antarabangsa: tidak kira di mana anda memilih untuk menyelam, mereka pasti tahu tentang PADI.
Anda juga boleh menuntut kredit untuk pensijilan Open Water anda jika anda sudah pun bergelar PADI Scuba Diver atau jika anda pernah melengkapkan pengalaman Discover Scuba.
BAGAIMANA saya melakukannya?
Jika anda menginap cukup lama, anda boleh melakukan kursus menyelam sepenuhnya di resort selam.
PADI E-Learning
Jika anda tidak menginap cukup lama (kurang daripada 4 malam) atau hanya ingin menjimatkan masa kursus selama sehari dengan melakukan e-pembelajaran PADI di rumah terlebih dahulu (teori dalam talian), ia juga bermakna anda tidak perlu menunggu untuk memulakan pengembaraan menyelam anda! Anda akan mempelajari asasnya mengikut rentak anda sendiri melalui kursus e-pembelajaran interaktif dalam talian.
Menyelam di Pulau Sipadan
Jangan lupa untuk merancang satu hari tambahan untuk pergi menyelam di Pulau Sipadan selepas melengkapkan kursus OW anda.
Lebih banyak kursus menyelam untuk pemula
Kursus Scuba Diver - Kursus ini akan membolehkan anda menyelam skuba dengan bantuan daripada pakar selam profesional. Ia merupakan pilihan yang baik jika anda tidak mempunyai masa untuk melakukan kursus Open Water, tetapi masih ingin belajar cara menyelam dan mendapatkan pensijilan terhad.
Program menyelam untuk kanak-kanak
Kanak-kanak anda yang berumur 8 tahun ke atas boleh belajar menyelam dengan jurulatih kami (program PADI Bubblemaker dan PADI Seal Team).
Dari sini, peminat selam skuba yang baharu boleh melanjutkan pensijilan mereka ke langkah seterusnya, iaitu program PADI Adventures in Diving.