Bohey Dulang
Bohey Dulang ialah pulau kedua terbesar dalam kepulauan Taman Marin Tun Sakaran.
Kami berbesar hati untuk mengumumkan bahawa Bohey Dulang Resort telah dibuka secara rasmi pada Januari 2025.
Bohey Dulang ialah lokasi kegemaran bagi pengembara jejak (trekker) dan pemerhati burung. Ia menyajikan pemandangan hebat dari puncak setinggi 353m. Terdapat banyak burung di pulau itu. Anda juga boleh berjalan-jalan di kawasan sekitar pulau ini di pantai pada waktu air surut.
Pulau ini terletak sejauh 23km dari Semporna dengan kawasan berkeluasan 313 hektar.
Kepulauan ini merupakan sebahagian daripada kawah gunung berapi terpadam yang kini membentuk sebuah lagun yang cantik. Lagun ini terbuka di bahagian selatannya namun pinggir kawah di bahagian tersebut memanjang ke terumbu karang yang panjang. Terusan kecil memisahkan Bohey Dulang dari Pulau Bodgaya, yang merupakan pulau terbesar dalam gugusan tersebut.
Kolam batu kecil yang disalurkan dari air terjun membarisi di sebelah timur pulau. Kolam ini berukuran 2 hingga 3 meter lebar dan disambungkan antara satu sama lain melalui sebatang sungai.
Tarikan semula jadi ini dilengkapkan lagi dengan kehadiran penduduk di pulau ini yang terdiri daripada masyarakat Gipsi Laut yang menetap dan bekerja dari dalam bot mereka. Keterikatan unik mereka dengan air telah menarik minat berkaitan budaya dalam kalangan pelancong dari seluruh dunia.
Bagaimanakah aktiviti pemerhatian burung di Bohey Dulang?
Pada masa lalu, pulau ini dikategorikan sebagai tempat perlindungan burung. Sejak 2004, ia telah menjadi sebahagian daripada taman marin yang dilindungi (Taman Marin Tun Sakaran). Pulau ini menjadi habitat bagi pelbagai spesies burung seperti burung enggang (pied hornbill), partridge, burung hantu, merpati buah, burung rimba (babbler), pergam (metallic pigeon), burung gosong (scrub fowl) yang tinggal di tanah, serta banyak lagi. Ini menjadikannya syurga bagi pencinta burung.
Bagaimana untuk mendaki ke Bohey Dulang untuk menikmati pemandangan?
Bohey Dulang mempunyai denai kembara ke puncak setinggi 353 meter, yang berliku-liku di sekitar pulau menuju ke puncaknya. Ia mengambil masa kira-kira 45 minit untuk sampai ke kemuncak. Namun perjalanannya sangat berbaloi kerana anda akan disajikan dengan keunikan flora dan faunanya di sepanjang laluan tersebut.
Selain burung yang berwarna-warni, pulau ini juga mempunyai monyet (kera ekor panjang), dan tumbuhan nadir yang tumbuh di atas batu gunung berapi. Dari hujung laluan di puncak, pengembara boleh melihat lagun kawah yang dikelilingi pulau-Pulau Bodgaya, Bohey Dulang dan Tetagan.
Di manakah tempat penetasan kima (giant clam)?
Pulau ini mempunyai Pusat Penetasan Kima dan Invertebrat Marin yang membiakkan spesies kima gergasi (giant clam) yang sukar ditemui. Di samping itu, aktiviti penternakan rumpai laut yang aktif juga giat dijalankan di sini.
Adakah terdapat Bajau Laut (Gipsi Laut)?
Masyarakat Gipsi Laut, atau lebih dikenali sebagai Bajau Laut oleh masyarakat tempatan, mendiami Pulau Bohey Dulang dan Bodgaya. Gaya hidup nomad yang terikat dengan air ini telah menarik perhatian pelancong dan juga ahli antropologi.
Adakah terdapat lawatan selam skuba dan snorkeling?
Terdapat banyak pengendali selam dan resort yang menganjurkan lawatan selam dan snorkeling ke Bohey Dulang.
Di mana tempat penginapan berhampiran Bohey Dulang?
Pulau bersebelahan seperti Pom Pom Island Resort dan Reef Dive Resort (Mataking) menawarkan kemudahan resort yang hebat dan menganjurkan lawatan harian ke Bohey Dulang. Terdapat juga pelbagai pilihan penginapan di pekan berhampiran, iaitu di Semporna.
Berapakah tempoh masa menaiki bot laju ke Bohey Dulang?
- Dari Semporna ke Bohey Dulang: peruntukkan masa kira-kira 35 minit menaiki bot laju.
- Dari Mataking dan Pom Pom Island: peruntukkan masa kira-kira 20 minit.
- Dari Pulau Mabul, anda memerlukan 1.5 jam untuk sampai ke Bohey Dulang.
Tanya Mengenai pulau Bohey Dulang