Borneo Rainforest Lodge
Borneo Rainforest Lodge ialah sebuah karya agung alam sekitar yang dibina terutamanya daripada bahan binaan semula jadi dan tempatan, sistem pengudaraan semula jadi untuk semua chalet di samping tenaga solar yang dijana dan dihasilkan di dalam rumah penginapan tersebut. Jika anda ingin menyaksikan sendiri kekayaan hutan hujan Borneo dengan pelancongan yang bertanggungjawab terhadap ekologi, maka inilah tempatnya untuk anda.


Apakah ciri-ciri utama Borneo Rainforest Lodge?
Pakar alam semula jadi telah ditugaskan untuk mereka bentuk lodge ini dan ia dibina di dalam hutan terlindung terbesar di Sabah di sepanjang Sungai Danum. Ia menjamin hidangan yang lazat, keselesaan mewah, privasi dan pengalaman hidupan liar bersama sejarahnya yang tersendiri. Ia menerapkan seni bina Dusun dengan menggunakan bahan tempatan serta penggunaan laluan pejalan kaki untuk menyambungkan semua kediaman di Rainforest lodge.
Apakah spesies endemik di Danum Valley?
Hutan yang menempatkan lodge ini merupakan habitat kepada hampir 300 jenis burung dan 110 haiwan berdarah panas. Antaranya termasuklah orang utan, tupai terbang, burung enggang badak (Rhinoceros hornbill), ungka Borneo (Bornean gibbon), badak Sumatera, gajah Asia, burung Bulwer's pheasant dan babi berjanggut (bearded pig).
Resort ini dibina mengikut geografi semula jadi bagi melindungi sebahagian besar keindahan semula jadi serta khazanah di kawasan tersebut. Hanya beberapa batang pokok yang ditebang dan dicantas, dan ini hanya bertujuan untuk memberikan jarak penglihatan yang lebih baik.
Apakah jenis penginapan yang berbeza di sini?
Chalet Standard (Standard Chalet) menawarkan beranda yang membolehkan anda menikmati pemandangan hutan hujan yang menakjubkan sepenuhnya. Bawa bersama rakan anda kerana chalet ini boleh memuatkan sehingga tiga orang dengan selesa. Ia juga dilengkapi dengan kipas berkuasa solar, dan dengan bayu sejuk yang semula jadi, alam semula jadi menawarkan pengudaraan yang terbaik.
Chalet Deluxe (Deluxe Chalet) menawarkan pilihan dek luar dengan pemandangan sungai atau hutan, ataupun kedua-duanya sekali. Cubalah bilik Deluxe yang menyediakan katil siang (day bed) di luar beranda untuk menikmati pemandangan sungai dan juga hutan.
Tempah penginapan anda di Borneo Rainforest Lodge
Chalet deluxe pemandangan sungai pula menawarkan tab mandi luar peribadi yang terletak di balkoni bilik anda, yang sangat sesuai untuk menyegarkan badan selepas seharian penat meneroka dan berkembara.
Bilik pemandangan hutan juga menyediakan tab mandi luar dan kerusi dek untuk anda meluangkan masa bersantai sambil menghayati keindahan alam semula jadi. Sebenarnya ini adalah pilihan terbaik untuk pelawat yang membawa kanak-kanak.
Chalet Deluxe mula disediakan pada tahun 2007 dan ia kekal popular sehingga ke hari ini.
Nota: Jangan lepaskan peluang melawat pulau yang wajib dikunjungi iaitu Sipadan dan Mabul (Lapangan Terbang Tawau).
↑ Kembali ke atas