Seaventures Dive Rig
Seaventures Dive Platform merupakan sebuah Resort Selam yang diubah suai daripada sebuah pelantar minyak lama yang menawarkan lokasi yang serba sempurna untuk aktiviti selaman tanpa henti.


Seaventures terletak bersebelahan dengan Pulau Mabul dan menawarkan bilik berhawa dingin yang selesa.
Menyelam di Seaventures
Seaventures itu sendiri merupakan tapak selam yang terkenal dan menawarkan aktiviti selaman tanpa had di bawah resort tersebut.
Pakej selam di Seaventures merangkumi selaman tanpa had di tapak selamnya yang terkenal dan di house reef (terletak betul-betul di bawahnya) serta selaman bot berpandu ke Pulau Sipadan, Kapalai dan Mabul.
Menyelam di Sipadan bersama Seaventures ialah aktiviti sepanjang hari yang menawarkan pengalaman yang lebih menyeluruh berbanding hanya satu selaman.
Bertolak seawal pukul 6 pagi, penyelam mungkin akan disajikan dengan kawanan bumphead parrotfish yang kelihatan unik sedang bergerak dari Barracuda Point ke Mid Point untuk mencari makanan. Jika bernasib baik, penyelam mungkin berpeluang melihatnya berenang merentasi terumbu sambil mengunyah batu karang di sepanjang laluannya.
Selaman bot tambahan Seaventures ke Pulau Sipadan
Dengan memulakan perjalanan lebih awal ke Sipadan bermakna penyelam boleh menikmati pemandangan matahari terbit yang indah serta melakukan 3 selaman fantastik sebelum waktu makan tengah hari, semuanya sebelum tapak selam menjadi terlalu sesak. Penyelam boleh memilih untuk menikmati makan tengah hari yang enak pada waktu ini atau memilih untuk kembali ke Pulau Sipadan untuk melakukan 2 selaman bot tambahan (tertakluk kepada kekosongan)!
House Reef Seaventures dan tapak selam di Pulau Mabul juga merupakan antara pilihan lain bagi mereka yang telah menghabiskan waktu paginya di Sipadan.



Resort IDC 5* PADI
Seaventures ialah Resort IDC 5* PADI yang menawarkan kemudahan selam teknikal seperti selam gua (cave diving) di Turtle Tomb Sipadan yang masyhur.
Pengarah kursus turut menawarkan kursus selam sehingga ke peringkat Kursus Pembangunan Pengajar PADI (PADI Instructor Development Courses) dan Kursus Pengajar Teknikal (Tec Instructor Courses) (Tec 40, Tec 45, Tec 50, Tec Deep, dsb).

Tempat makan
Restoran ini terletak di geladak terbuka dan menawarkan pelbagai makanan serta minuman yang lazat secara gaya bufet. Kelapa segar turut disediakan.


Kemudahan Seaventures yang lain
Kemudahan lain termasuklah bilik wayang, ruang istirahat karaoke dan bar, meja snuker, pingpong, kedai cenderamata serta bilik persidangan. Terdapat juga akses Wi-Fi jalur lebar dan bilik kamera yang disediakan untuk sarung (housing) kamera bawah air dan strob (strobe) anda.
Pakej selam Seaventures Dive Rig termasuk
Semua harga adalah termasuk segalanya kecuali sewaan kelengkapan menyelam, topeng dan snorkel.
Harga tertakluk kepada perubahan mengikut kekosongan.
Pakej bukan menyelam Seaventures Dive Rig
Semua harga adalah termasuk segalanya kecuali sewaan kelengkapan menyelam, topeng dan snorkel.
Harga tertakluk kepada perubahan mengikut kekosongan.
Bilik & kabin Seaventures
Seaventures Dive Resort menawarkan bilik berkembar (twin) dan bilik kelamin (double) berhawa dingin yang serba lengkap, berserta 2 buah bilik Keluarga VIP yang lebih besar untuk anda mendapatkan ruang serta keselesaan tambahan.
Terdapat 4 jenis bilik untuk para tetamu dan ia bertujuan untuk memenuhi pelbagai jenis bajet. Ia menawarkan bilik standard dengan katil bujang (twin bed) dan bilik standard dengan katil kelamin (double bed). Dengan sedikit penambahan harga, anda boleh mendapatkan bilik yang jauh lebih besar berserta keselesaan tambahan seakan berada di rumah menerusi 1 daripada 2 buah bilik VIP-nya.
Butiran bagi setiap jenis bilik boleh didapati di bawah
Standard Twin
Standard Double
VIP Family Room 1
VIP Family Room 2
Dormitory Room
Standard Twin
Kemudahan:
- Susunan katil kembar dan kelamin tersedia
- Penghawa dingin
- Pancuran air panas persendirian
- Cadar dan tuala bersih
- Bersaiz 12.1 m² (130.5 ft²)
Standard Double
Kemudahan:
- Susunan katil kembar dan kelamin tersedia
- Penghawa dingin
- Pancuran air panas persendirian
- Cadar dan tuala bersih
- Bersaiz 12.1 m² (130.5 ft²)
VIP Family Room 1
Kemudahan:
- Katil kelamin bersaiz king
- Penghawa dingin
- Ruang tamu luas dengan sofa
- Pancuran air panas dan sejuk
- Bilik mandi bersambung (Ensuite)
- Sesuai untuk keluarga atau pasangan berbulan madu
- Katil tambahan sebagai pilihan
- Bersaiz 41.1 m² (442.5 ft²)
VIP Family Room 2
Kemudahan:
- Katil kelamin bersaiz king
- Penghawa dingin
- Ruang tamu dengan sofa
- Pancuran air panas dan sejuk
- Bilik mandi bersambung (Ensuite)
- Sesuai untuk keluarga atau pasangan berbulan madu
- Katil tambahan sebagai pilihan
- Bersaiz 27 m² (290.3 ft²)
Dormitory Room
Untuk para penyelam yang berbajet rendah, terdapat juga bilik asrama untuk dikongsi empat orang.
- Tidur gaya katil dua tingkat
- Penghawa dingin
- Loker peribadi
- Kemudahan pancuran air panas berkongsi
- Bersaiz 12.1 m² (130.5 ft²)
Harga tertakluk kepada perubahan dan ketersediaan, manakala kadarnya pula berbeza-beza mengikut jenis bilik.
Semak Tarikh & Harga — diskaun dalam talian
Ulasan & Penilaian Pelanggan
Diterjemah daripada Bahasa Inggeris
"Menginap di Rig adalah antara percutian menyelam yang paling saya ingati seumur hidup. Bangun tidur dari pelantar minyak yang diubah suai ini sudah tentunya memberikan satu pengalaman yang sangat berbeza! Selamannya bertaraf tinggi dan jurupandu selam kami sangat profesional serta tahu tentang kesemua hidupan mikro terbaik serta lokasi selam selut (muck dive). Kami melihat pelbagai spesies frogfish dan nudibrank di sekitar Mabul, sotong katak flamboyan (flamboyant cuttlefish) di Kapalai serta sang yu paus (whale shark) di Sipadan! Suasananya sangat santai dan makanannya pula benar-benar lazat, sangat sesuai untuk kalangan penyelam tegar."
Tomás Andrade, Lisbon, Portugal
Diterjemah daripada Bahasa Inggeris
"Saya menyelam dengan Seaventures untuk kali yang kedua. Saya mengambil keputusan untuk datang kembali disebabkan rekaan resort itu yang sangat mudah bagi para penyelam. Penginapan pelantar tersebut mempermudahkan akses ke semua tapak selam. Saya telah mengambil kursus menyelam cavern (cavern diving) mereka yang hanya ditawarkan oleh Seaventures Dive Rig. Dan, yang merupakan jurulatih saya, melatih saya dengan penuh kesabaran tentang perihal gua berserta cara menggunakan tali gelendong (reel) di dalam gelap. Pada mulanya kami mempraktikkan teknik tersebut di pelantar minyak terbabit sebelum melakukan tiga selaman di Sipadan Turtle Tomb (Makam Penyu Sipadan). Kini barulah saya faham cara menggunakan tali gelendong ketika menyelam di dalam gelap. Kemudian saya merasakan satu kepuasan akan kejayaan yang mendalam. Ia menjadi antara sebuah selaman yang paling bermakna dalam hidup saya yang sebahagian besarnya merupakan jasa dari pihak Seaventures. Sebagai tambahan kepada pengalaman saya menyelam di gua Sipadan, saya juga telah melihat banyak hidupan pelagik dan marin ketika selaman Sipadan saya. Terdapat bumphead parrotfish (ikan bayan mahkota), sekawanan barakuda dan banyak sekali penyu laut yang bersaiz sangat besar. Jika dilihat tepat di bawah Seaventures, terdapat makhluk hidupan laut kecil yang cantik seperti harlequin shrimp dan ribbon eel (belut reben) yang sekadar bergantungan di bahagian bawah pelantar itu."
Richard Cox, Miami, Florida
Diterjemah daripada Bahasa Inggeris
"Kumpulan kami yang dianggotai seramai lapan orang telah merasai percutian penuh berharga di Seaventure Dive Rig. Kami berlima melakukan selaman setiap hari manakala tiga yang lain pergi bersnorkel dari lokasi pelantar tersebut. Masing-masing berjaya mendapatkan satu detik memori yang sungguh menakjubkan dan turut bersetuju bahawa tapak percutian yang kami tuju sangat memukau. Pasukan kakitangan berserta jurulatih selamnya juga sangat hebat. Saya khususnya amat berterima kasih kepada si cef yang telah mengambil serius tentang masalah pemakanan saya lalu menyediakan satu hidangan khusus buat saya setiap hari. Kesemua makanannya amat lazat dan menepati selera."
Wang Zhao, Beijing, China
Diterjemah daripada Bahasa Inggeris
"Kami sempat menyelam dua hari di Sipadan sepanjang enam malam menginap di Seaventures Dive Rig. Bilik kami selesa dan luas, manakala penyaman udaranya berfungsi dengan baik dan tidak bising. Makanan bufet yang dihidangkan merangkumi pelbagai jenis buah-buahan serta sayur-sayuran sihat dan rasanya sangat sedap. Selaman dari pelantar dilakukan di terumbu buatan yang kami melihat pelbagai hidupan marin. Kami tahu bahawa arus mungkin kuat di kawasan tersebut dan kami mengambil langkah berjaga-jaga untuk menjauhi kawasan seperti itu. Arus di Sipadan sangat sempurna dan pengalaman selaman sungguh luar biasa. Kami melakukan selaman petang di terumbu buatan di dua buah pulau lain. Kedua-duanya padat dengan hidupan marin, ikan pelagik di Sipadan dan Muck diving di sekitar Mabul. Walau bagaimanapun, kami juga melihat banyak penyu berenang di sekitar Pulau Mabul. Tark, jurupandu selam kami, bermata tajam dan sangat berpengetahuan serta sudi berkongsi ilmu bersama kami. Beliau dan kapten bot sangat mementingkan keselamatan. Kami sangat seronok!"
Yvonne Liu, Singapore
Diterjemah daripada Bahasa Inggeris
"Saya menetap di Singapura, berdekatan dengan beberapa tapak selam yang hebat di negara jiran Indonesia, tetapi pengalaman saya di Sipadan telah mengatasi kesemuanya. Keunikan lokasi ini terletak pada Seaventures Dive Rig yang menambah elemen menarik pada percutian ini. Ia bukan penginapan hotel bertaraf 5 bintang, tetapi bagi mereka yang mementingkan keseronokan lebih daripada kemewahan, ia adalah pilihan yang tepat. Kami menyertai percutian selam empat hari, tiga malam di pelantar dan pastinya tidak keberatan untuk menginap lebih lama. Semua krunya sangat baik dan sanggup melakukan apa sahaja bagi memastikan keperluan kami dipenuhi. Mereka menghidangkan makanan yang sangat sedap, yang sememangnya diperlukan untuk mengekalkan tenaga bagi 3+ selaman yang kami lakukan setiap hari. Ya, 3 selaman dari pelantar dengan pilihan untuk melakukan selaman bersama rakan seberapa banyak yang kami mahu di sekitarnya. Sebaik sahaja selesai menyelam untuk hari tersebut, kami berehat di geladak jemur atau singgah ke bilik permainan untuk melakukan aktiviti yang menyeronokkan. Bahagian terbaik sepanjang penginapan kami ialah selaman malam yang dilakukan di sekitar pelantar. Ia seolah-olah taman marin peribadi kami. Rasanya sukar untuk kami berpeluang melakukan selaman malam secara solo sekali lagi. Seaventures menawarkan pensijilan PADI dan kami telah mengambil kursus advanced open water. Helmi, tenaga pengajar kami, memastikan kami merasai pengalaman yang menakjubkan."
Unnamed Guest, Singapore
Diterjemah daripada Bahasa Inggeris
"Saya mengalami detik-detik yang luar biasa di Seaventures. Selamannya sungguh menakjubkan dan saya melihat pelbagai hidupan bawah air. Pelantarnya sangat selesa dan saya seronok bersantai di atas geladak. Saya menyaksikan pemandangan matahari terbenam dari bumbung setiap malam sebelum turun ke bilik permainan untuk menonton wayang. Sukar diungkapkan dengan kata-kata betapa hebatnya kakitangan di sini. Mereka mesra, menjaga setiap tetamu dan membuatkan saya berasa seperti di rumah sendiri. Mereka sering membuat kami ketawa sambil kekal profesional pada masa yang sama. Hati saya berat untuk meninggalkan tempat ini apabila tiba masanya untuk pulang."
Elizabeth Wolfe, London, UK
Diterjemah daripada Bahasa Inggeris
"Selamannya sangat menakjubkan dan staf selaman juga sangat mesra serta sentiasa membantu. Seaventures menawarkan pengalaman unik kerana ia merupakan pelantar minyak yang diubah suai. Resort ini kebanyakannya dikhaskan untuk penyelam. Kesemua penyelam dalam kumpulan saya berada pada tahap advanced, jadi ia sangat memudahkan. Makanan bufetnya sungguh sedap dan pelbagai."
Jessica Lim, Singapore
Diterjemah daripada Bahasa Inggeris
"Pengalaman yang menakjubkan apabila dapat tinggal selama seminggu di atas pelantar minyak. Kabinnya bagus, bersih dan selesa dilengkapi penyaman udara. Menyelam dua kali di Sipadan adalah yang terbaik. Peralatan menyelam berada dalam keadaan yang sangat baik dan pusat selam diuruskan dengan teratur."
Mike Ferguson, Brisbane, Australia
Diterjemah daripada Bahasa Inggeris
"Kami memilih untuk menginap di bilik VIP yang sangat luas dan selesa. Perkhidmatannya sangat baik dengan staf yang mesra. Divemaster cemerlang dalam usaha menunjukkan hidupan macro kecil di sekitar Pulau Mabul dan Kapalai. Secara keseluruhannya, maklum balas yang sangat positif mengenai Seaventures, sebuah resort yang diuruskan dengan baik dalam persekitaran yang unik."
Franz Hess, Stuttgart, Germany
Diterjemah daripada Bahasa Inggeris
"Staf selam sangat membantu dan menjaga peralatan menyelam kami dengan sangat baik. Pemandangan dari pelantar sungguh menakjubkan kerana kedudukannya yang tinggi (akses melalui lif). Terdapat sambungan Wi-Fi di merata-rata tempat. Makanannya mewah dan menyelerakan. Saya berpeluang melihat pusaran barakuda (barracuda tornado) di Sipadan berserta berpuluh-puluh penyu. Ruangan di bawah pelantar merupakan lokasi selaman yang terbaik untuk fotografi macro, namun adakalanya pergerakan arus di permukaan sedikit kuat."
Wilfred Norman, Boulder, Colorado, USA


