254

Permit Sipadan terhad setiap hari — pastikan anda mendapat permit menyelam atau snorkeling anda lebih awal.

Kursus Selam Specialty

Kursus PADI Boat Diver

Jika anda sentiasa ingin merasai keseronokan turun dari bot dan terus menuju ke lokasi selam yang hebat, Kursus Boat Diver ini adalah untuk anda.

SIAPA yang sedia untuk pengembaraan?

Anda perlu berumur lebih 12 tahun dan memegang sekurang-kurangnya sijil Junior Open Water Diver untuk melengkapkan Kursus Boat Diver.

APA yang menarik sangat?

Selaman bot boleh menjadi satu pengalaman yang menyeronokkan, walaupun ramai penyelam bot kali pertama sering kali merasa agak terbeban dengan prosedur, istilah serta keperluan turun dan naik bot yang kurang biasa mereka lalui.

Mengikuti kursus ini akan mengajarkan anda segala yang perlu diketahui mengenai selaman bot, di samping memastikan anda selesa sebelum memulakan pengembaraan selam bot pertama anda.

APA yang akan saya pelajari?

Bersama-sama jurulatih PADI anda, kursus ini akan menerangkan tentang sebab mengapa bot-bot tertentu digunakan pada sesetengah lokasi dan untuk keadaan tertentu, serta bagaimana dan mengapa prosedur turun dan naik berbeza-beza bergantung kepada bot mahupun keadaannya.

Anda akan dibiasakan dengan peralatan seperti tali permukaan air (surface lines) untuk prosedur masuk air, serta mempraktikkan kemahiran dan teknik yang khusus untuk selaman bot termasuklah adab menyelam dengan bot.

Walaupun setiap bot berkemungkinan berbeza, konsep asasnya adalah sama, dan adalah penting untuk mengetahui selok-belok di atas bot, tempat peralatan anda akan disimpan dan prosedur masuk dan keluar air bagi memastikan setiap pengalaman yang anda lalui sentiasa hebat dan tanpa gangguan.

KE MANA ia akan membawa saya?

Jika anda pernah berkunjung ke Segitiga Terumbu Karang yang hebat, hampir kesemua lokasi selaman di sekitar Pulau Sipadan, Pulau Kapalai dan Pulau Mabul berkemungkinan dilakukan menggunakan bot. Untuk memastikan anda menikmati pengalaman terbaik, termasuk di perairan bergelora atau berarus kuat, sebaik-baiknya anda berasa selesa dengan konsep selam bot sebelum terjun ke dalam air.

Satu pengecualian kepada kesemua peluang selam bot ini, dan satu pengalaman unik untuk dicuba jika anda berkesempatan, ialah lif yang menurunkan anda terus ke dalam air di Seaventures Dive Rig House Reef. Lokasi menarik ini sebenarnya ialah pelantar minyak lama yang kini telah diubah suai menjadi sebuah resort dan lokasi selam.

BILA saya akan bersedia?

Kursusnya agak singkat dan hanya memerlukan 2 selaman bot untuk diselesaikan, jadi anda akan kelihatan seperti seorang profesional dalam sekelip mata!

MENGAPA saya patut teruja?

Selaman bot, sama ada menaiki bot rib, bot laju atau bot liveaboard, memberi anda pilihan untuk meneroka kawasan selaman terpencil atau lokasi yang tidak boleh diakses dari arah pantai.

Ringkasnya, ia memberi peluang kepada anda untuk merasai lebih banyak selaman di satu lokasi, dan siapa yang boleh menolak?!

BAGAIMANA saya melakukannya?

Dengan mengikuti kursus ini dan bimbingan jurulatih anda, anda akan meraih pelbagai kemahiran berharga yang akan meningkatkan lagi tahap pengalaman selam bot anda.

Anda berpeluang untuk merancang, mengurus dan melakukan selaman dengan selamat dari atas bot serta anda juga akan menyedari sebarang potensi bahaya yang mungkin berlaku, cara untuk mengelakkannya dan bagaimana cara menanganinya jika ia benar-benar berlaku.

Tempah kursus PADI Boat Diver anda hari ini

↑ Kembali ke atas