Kursus PADI Deep Diver
Penyelam dalam (deep divers) adalah antara penyelam yang paling berani menyahut cabaran di luar sana - mereka sentiasa mencari sesuatu yang baharu, yang menyeronokkan dan yang belum pernah dilihat.
Jika anda pernah tertanya-tanya ke mana arah tuju tebing curam tersebut atau apakah yang berenang betul-betul di bawah paras yang dibenarkan untuk selaman anda, dengan mengikuti kursus PADI Deep Diver inilah peluang anda untuk mengetahuinya.
APA yang menarik sangat?
Walaupun sentiasa terdapat banyak pemandangan pada kedalaman 18 meter, namun terdapat juga segelintir penyelam yang memilih untuk menerokai kedalaman yang lebih jauh untuk melihat apa lagi yang ada di sana.
Sememangnya anda tidak perlu menyelam lebih dalam di kawasan yang anda hanya akan melihat spesies makhluk yang sama seperti di kawasan cetek, tetapi jika sudah diketahui umum bahawa perbezaan kedalaman ini menawarkan pemandangan yang lebih banyak, maka selaman dalam amat berbaloi untuk dilakukan.
APA yang akan saya pelajari?
Anda akan dibiasakan dengan beberapa kelengkapan khusus yang diperlukan untuk selaman dalam dan berpeluang mempraktikkannya secara menyeluruh di bawah pengawasan teliti jurulatih anda.
Anda akan diterapkan tentang kelakuan yang betul semasa selaman dalam - pencari cabaran yang tidak mementingkan keselamatan bukanlah jenis penyelam yang sesuai untuk menyelam di kawasan air dalam.
KE MANA ia akan membawa saya?
Jauh lebih dalam berbanding apa yang pernah anda selami sebelum ini! Perlu diingat bahawa kawasan selaman yang lebih dalam tidak semestinya lebih sibuk daripada segi hidupan marin, dan kebiasaannya batu karang yang lebih berwarna-warni berada berhampiran permukaan air, tetapi dengan pergi lebih dalam anda berpeluang menerokai kapal karam, dinding yang menakjubkan, rabung, dan tebing batu (overhangs).
Jika anda mengunjungi Pulau Sipadan, kursus Deep Diver ini sangat bernilai memandangkan terdapat beberapa kawasan tebing curam (drop offs) yang menakjubkan yang boleh dilihat berhampiran kawasan cetek.
BILA saya akan bersedia?
Kursus PADI Deep Diver berlangsung selama 2 hari dan memerlukan sekurang-kurangnya 4 selaman untuk layak. Salah satu daripada selaman ini adalah pada kedalaman sekitar 30 meter manakala satu lagi pada kedalaman 40 meter.
MENGAPA saya patut teruja?
Selaman dalam adalah satu pencapaian peribadi - semakin dalam anda masuk, semakin besar peluang anda untuk melihat makhluk yang tidak pernah dilihat sebelum ini.
Terdapat juga bangkai kapal bersejarah di dasar lautan, selain dinding dan tebing curam yang menganjur jauh ke bawah sejauh mata memandang. Dengan mengikuti kursus ini, anda boleh memaksimumkan pengalaman selam skuba dan membawa anda lebih jauh dalam sukan ini.
BAGAIMANA saya melakukannya?
Kursus PADI Deep Diver merangkumi bantuan dalam merancang, mengatur serta membuat persediaan untuk selaman dalam.
Terdapat juga pertimbangan kelengkapan khusus yang perlu diambil kira sebelum anda menyelam melepasi kedalaman 18 meter. Selepas jurulatih anda berpuas hati dengan pengetahuan dan tahap pemahaman anda mengenai keseluruhan pengalaman selaman dalam, anda akan dikehendaki melakukan sekurang-kurangnya 4 selaman dalam untuk layak mendapat sijil tersebut.