PADI EFR Instructor
Adakah anda ingin menimba pengalaman mengajar? Bagaimana pula jika anda membantu orang lain mempelajari kemahiran bertindak kecemasan?
SIAPA yang sedia untuk pengembaraan?
Adakah anda ingin membantu orang lain mempelajari kemahiran bertindak kecemasan? Adakah anda mencari kredit kolej tambahan?
Sesiapa sahaja yang berumur 18 tahun ke atas dan telah menerima latihan CPR dan Pertolongan Cemas dalam tempoh 2 tahun lepas boleh menyertai kursus Jurulatih Emergency First Responder ini.
APA yang menarik sangat?
Kemahiran CPR dan Pertolongan Cemas sentiasa mendapat permintaan tinggi, dan menjadi tenaga pengajar yang bertauliah untuk kemahiran ini selalunya mendapat permintaan yang lebih tinggi lagi.
Bantu menyiagakan orang lain mengenai apa yang perlu dilakukan sekiranya berlaku kecemasan, sambil mengukuhkan lagi pengetahuan dan set kemahiran anda.
Lagi pula, cara terbaik untuk belajar adalah dengan mengajar.
APA yang akan saya pelajari?
Selain daripada mempelajari pelbagai teknik pengajaran demi meningkatkan keberkesanan, anda akan belajar bagaimana untuk menjalankan kursus EFR Primary Care dan juga kursus EFR Secondary Care yang memfokuskan kepada Pertolongan Cemas.
Belajar cara untuk mengajarkan orang lain kemahiran yang telah anda ketahui, seperti cara menggunakan mesin AED atau oksigen kecemasan, atau cara untuk menangani mangsa yang tercekik ketika sedar.
Apakah yang saya perlukan?
Pelatih Jurulatih EFR dikehendaki membeli sebuah Kit Permulaan yang merangkumi kesemua bahan pembelajaran. Nombor produknya ialah 60215 dan ia boleh dibeli sebelum tarikh mula kursus anda dengan hanya menghubungi PADI.
Kit ini mengandungi:
- DVD dan manual pelajar untuk modul Primary Care, Secondary Care, CPR/AED dan Care for Children
- Panduan jurulatih untuk modul-modul di atas
- Peperiksaan pelajar untuk penamatan modul Primary Care, Secondary Care dan Care for Children
- Pek pemasaran
- Kit pembalut
- Kad imbas berguna Care-at-a-Glance
- Beg sandang merah Emergency First Response
KE MANA ia akan membawa saya?
Adakah anda sedang mencari kredit kolej tambahan? Anda boleh memperoleh kredit kolej dengan mengikuti Kursus Jurulatih EFR ini.
Ia juga merupakan satu peluang buat anda meningkatkan kemahiran serta menambah kemahiran mengajar dalam senarai kemampuan anda.
Sebagai seorang Jurulatih EFR, terdapat beberapa kursus lain yang boleh anda ajarkan bagi meneruskan sijil selaman profesional anda.
MENGAPA saya patut teruja?
Terdapat banyak benda yang boleh dipelajari dan dialami!
Cuba kemahiran anda dalam merangka pelajaran, memudah cara pembelajaran, memotivasikan pelajar dan menilai kefahaman pelajar mengenai kandungan pelajaran. Praktikkan kemahiran anda dalam menyampaikan kandungan kursus dengan berkesan di samping menyediakan persekitaran pembelajaran berasaskan senario situasi sebenar.
Anda juga akan mempunyai pengetahuan untuk mengajarkan pelajar tentang kemahiran praktikal secara amali berkaitan Pertolongan Cemas dan CPR.