PADI Master Scuba Diver
Adakah anda meminati selaman? Adakah anda sentiasa berusaha untuk menjadi yang terhebat dalam apa jua perkara yang anda lakukan? Adakah anda mahu mengembara dan menerokai dunia menerusi aktiviti selaman?
Jika anda menjawab YA bagi semua soalan ini, maka status PADI Master Scuba Diver merupakan apa yang anda perlukan!
Sebagai taraf PADI tertinggi sebelum mencapai tahap profesional, anda akan menonjol berbanding para penyelam rekreasi lain melalui penarafan yang berprestij ini.
SIAPA yang sedia untuk pengembaraan?
Terdapat beberapa syarat untuk diiktiraf sebagai PADI Master Scuba Diver. Anda boleh melengkapkan taraf ini sekiranya anda:
- Berumur lebih dari 12 tahun
- Memiliki sekurang-kurangnya 50 catatan selaman dalam simpanan anda
- Telah melengkapkan sekurang-kurangnya 5 kursus Specialty Diver bersama PADI
- Merupakan seorang Open Water Diver (dengan PADI atau organisasi yang berkelayakan)
- Merupakan seorang Advanced Open Water Diver (dengan PADI atau organisasi yang berkelayakan)
- Merupakan seorang Rescue Diver atau Junior Rescue Diver (dengan PADI atau organisasi yang berkelayakan)
APA yang menarik sangat?
Ia sangat membanggakan memandangkan kurang dari 2% daripada semua penyelam yang pernah mencapai taraf Master Scuba Diver ini.
Bila anda mencapai tahap ini, ini bererti anda telah menjalani latihan yang padu serta pengalaman yang hebat dalam pelbagai persekitaran selaman.
KE MANA ia akan membawa saya?
Sebagai peringkat tertinggi pendidikan penyelam rekreasi PADI sebelum anda menuju pensijilan penyelam profesional, taraf Master Scuba Diver akan melengkapkan laluan kerjaya anda dalam bidang selam skuba jika anda memilih untuk meneruskannya.
MENGAPA saya patut teruja?
Semestinya suatu yang teruja untuk diiktiraf kerana kehebatan! Menerima pengiktirafan bagi kehebatan DAN pengalaman adalah lebih bermakna, terutamanya dalam bidang selaman.
BAGAIMANA saya melakukannya?
Sekiranya anda memenuhi prasyarat yang tersenarai di atas, hubungi PADI dengan segera dan tidak lama lagi anda pasti bergelar Master Scuba Diver.