Kursus PADI Night Diver
Selaman malam akan membawa anda ke dimensi alam dasar laut yang kepekatan warnanya sedikit berbeza, tingkah laku hidupan marin tidak lagi sama dan pelbagai jenis haiwan yang sedang makan atau memburu di merata-rata tempat.
Jika anda pernah terfikir apakah perubahan yang mungkin berlaku pada lautan sesudah mentari terbenam, kini peluang untuk anda menimba ilmu mengenai dunia selaman malam menerusi kursus PADI Night Diver.
SIAPA yang sedia untuk pengembaraan?
Jika anda berumur 12 tahun ke atas dan memiliki sekurang-kurangnya kelayakan Junior Open Water, anda layak menyertainya sambil menerokai keajaiban dunia dasar laut yang serba baharu.
APA yang menarik sangat?
Selaman malam membuka dimensi yang sama sekali berbeza. Terokai hidupan marin malam yang muncul di celah-celah terumbu karang.
APA yang akan saya pelajari?
Biasakan diri anda dengan cara mengurus serta merancang aktiviti selaman malam anda, kenal pasti jenis masalah yang mungkin dihadapi dan cara menyelesaikannya beserta tatacara tertentu yang berbeza dengan selaman harian seperti penggunaan teknik masuk dan keluar alternatif.
Selaman malam juga dilengkapi dengan set teknik yang tersendiri, kod tangan isyarat serta kemahiran arah pelayaran yang tidak pernah digunakan semasa selaman siang.
KE MANA ia akan membawa saya?
Bukan sahaja anda dapat menyaksikan dunia serba baharu apabila berada di bawah laut, malahan merasai pengalaman yang berbeza berbanding di permukaan darat.
Bayangkan diri anda tenggelam di bawah cahaya rembulan, bebas daripada kewujudan bot-bot lain dengan lintasan pelbagai hidupan dasar laut baharu untuk dicari, suatu pemandangan yang anda tidak dapat saksikan ketika di siang hari.
MENGAPA saya patut teruja?
Selaman pada waktu malam menyingkap alam yang sangat berbeza! Diselubungi kepekatan senja, pelbagai ragam spesies aneh dan mengagumkan akan timbul untuk memburu mangsa mahupun mencari makan pada tahap sangat aktif dan di luar jangkaan fikiran kita.
BAGAIMANA saya melakukannya?
Terdapat banyak perkara untuk dipelajari semasa menjalani Kursus PADI Night Diver, daripada penguasaan pelbagai teknik dan tatacara sehinggalah kemampuan mengenal pasti spesies unik yang tidak pernah anda lihat.
Jurulatih PADI akan membimbing anda melintasi satu persatu tahap pada kadar sekata bagi memastikan anda benar-benar berasa yakin dengan segenap aspek yang diajar sebelum berlepas menyelam untuk selaman malam pertama anda.