Kursus PADI Search & Recovery
Sekiranya anda pernah mempunyai keinginan untuk mengetahui mengenai misi mencari dan menyelamat dasar laut, ini adalah masa terbaik buat anda!
Misi mencari dan menyelamat sangat dituntut bagi pelbagai jenis item, sama ada bersaiz kecil mahupun besar, malahan operasi ini sering tergendala ekoran cuaca yang tidak menentu, permukaan darat yang asing serta keadaan jarak penglihatan yang sering berubah.
Satu kriteria dalam misi ini yang tidak patut diremehkan ialah tahap kebolehan setiap pengurusan sewaktu merencanakan rancangan mencari dan menyelamat, yang menjadi intipati pembelajaran anda menerusi kursus ini.
SIAPA yang sedia untuk pengembaraan?
Sekiranya anda bergelar Junior Advanced Open Water Diver dan telah mencapai umur 12 tahun - selamat menyertai skuad selam mencari dan menyelamat kami!
APA yang menarik sangat?
Selaman mencari dan memulihkan adalah kemahiran selam skuba yang sangat penting bagi menyatukan kemahiran selesaikan masalah dengan keupayaan teknikal selaman. Misi penting sebegini memerlukan perancangan terperinci, bantuan alatan khusus berserta pengurusan tugas yang rapi untuk mengenal pasti sekaligus mendapatkan sebarang item tenggelam secara selamat.
APA yang akan saya pelajari?
Selami teknik mencari barang hilang dengan menggunakan jejak carian di samping mempelajari cara untuk mengelakkan anda menganggu habitat di bawah laut ketika sesi carian dijalankan.
Anda juga boleh mempelajari tatacara bagi mengikat simpulan dengan sempurna selain mencedok ilmu prosedur daya angkat dan pendaratan sekiranya menjumpai barang terhilang.
KE MANA ia akan membawa saya?
Setiap tahap kepandaian yang dikutip di sepanjang perjalanan kursus diharap bakal terus sebati di jiwa seumur hidup sekaligus membantu anda tatkala merungkai situasi cemas ini kelak.
BILA saya akan bersedia?
Kursus Search and Recovery dijalankan selama 2 hari merangkumi 4 selaman carian dan pemulihan.
MENGAPA saya patut teruja?
Mempelajari pengetahuan skuba serba baharu sentiasa merangsangkan di samping menjanjikan pengalaman berharga buat persiapan pada detik kecemasan sebenar yang sukar diramal.
Berbekalkan bakat dan ilmu penguasaan setara para pencari penyelamat tentu saja tidak seharusnya diketepikan dalam senarai pilihan selam skuba idaman anda.
BAGAIMANA saya melakukannya?
Melalui sokongan tidak terhingga tenaga pakar bertauliah, semua peserta bakal didedahkan sekerap mungkin menerusi perlaksanaan beberapa aktiviti misi supaya mereka sedar dan memahami akan kepentingan tatacara mahupun pendekatan konsep menyelamat sewajarnya.