254

Permit Sipadan terhad setiap hari — pastikan anda mendapat permit menyelam atau snorkeling anda lebih awal.

Kursus Selam Specialty

Kursus PADI Wreck Diving

Panggilan buat semua penggemar kapal karam: sertai kursus yang menarik dan popular ini!

SIAPA yang bersedia untuk pengembaraan?

Jika anda berumur sekurang-kurangnya 15 tahun dan telah pun mempunyai kelayakan Adventure Diver PADI, anda sudah bersedia untuk memulakan pengembaraan selaman kapal karam yang luar biasa!

APA yang menarik sangat tentangnya?

Bayangkan anda dapat meneroka kapal karam bersejarah, bangkai kapal terbang dan juga kereta yang tenggelam di dasar lautan?

Nanti dahulu - ada lagi yang menanti! Anda bukan sahaja berpeluang untuk menyingkap kembali sejarah di bawah air, malah anda akan kagum melihat banyak hidupan marin yang menjadikan objek asing ini sebagai habitat mereka dan dalam sesetengah kes turut membina sarang di dalam tapak kapal karam tersebut.

Hasil daripada fenomena ini, para pengendali selam, kerajaan dan organisasi alam sekitar mula menenggelamkan terumbu buatan di kawasan tertentu bagi menggalakkan pertumbuhan karang serta mempromosikan ekosistem yang sihat.

APA yang akan saya pelajari?

Walaupun impian untuk menyelam di bangkai kapal terbang yang tenggelam adalah sesuatu yang mengujakan, sekiranya kapal karam ini tidak diterokai dengan cara yang betul, ia boleh mendatangkan bahaya kepada anda.

Semasa kursus Wreck Diving (Selam Kapal Karam), anda akan mempelajari teknik yang betul untuk memasuki kapal karam yang masih utuh serta cara menavigasi di dalamnya bagi mengelakkan bahaya biasa yang boleh merisikokan penyelam kapal karam yang tidak berpengalaman.

KE MANA hala tujunya?

Dengan kemahiran yang dipelajari semasa kursus PADI Wreck Diving, anda boleh mengelilingi dunia bagi meneroka pelbagai tapak kapal karam yang menarik.

BILA saya akan bersedia?

Anda perlu melengkapkan sekurang-kurangnya 4 selaman kapal karam di bawah pengawasan pengajar anda sebelum anda melayakkan diri untuk kursus PADI Wreck Diving Specialty.

MENGAPA saya harus berasa teruja?

Secara ringkasnya, kapal karam ialah pusat tumpuan bagi pelbagai aktiviti hidupan dan sangat berbaloi untuk diterokai, dengan segenap ruangnya berpotensi untuk menyembunyikan bermacam-macam hidupan yang aneh dan memukau.

Dengan mengambil kursus Wreck Diving Specialty, anda akan mendapat kebebasan dan keyakinan untuk menerokai kapal karam dengan selamat, dan perkara itu pastinya memberikan satu keterujaan yang hebat.

BAGAIMANA untuk saya melakukannya?

Pada penghujung kursus, anda akan lebih yakin menggunakan kelengkapan menyelam yang dikhususkan untuk kapal karam dan anda juga berupaya untuk menyelidik jenis serta sejarah kapal tersebut. Maklumat berguna ini dapat membantu anda untuk merancang dan menyusun selaman kapal karam.

Tempah kursus PADI Wreck Diving anda hari ini

↑ Kembali ke atas