254

Permit Sipadan terhad setiap hari — pastikan anda mendapat permit menyelam atau snorkeling anda lebih awal.

Kursus Selam Specialty

Kursus PADI Peak Performance Buoyancy

Jika anda pernah berhasrat untuk kelihatan seperti penyelam pakar yang nampaknya mampu mengawal keapungan mereka sepenuhnya pada setiap masa, kursus PADI Peak Performance Buoyancy (Keapungan Prestasi Puncak) adalah tepat untuk anda.

Tambahan pula, jika anda berminat dengan fotografi bawah air, kursus ini wajib dilengkapkan. Keupayaan untuk mengawal keapungan anda dengan betul membolehkan anda mencapai dan mengekalkan posisi yang sempurna. Ini memberikan peluang terbaik kepada anda untuk mendapatkan gambar yang cemerlang.

APA yang menarik tentangnya?

Menguasai keapungan yang baik merupakan satu inisiatif yang bagus atas banyak sebab - bukan sahaja ia mempamerkan keupayaan anda, malah anda juga dapat menjimatkan penggunaan udara dan mampu membuat navigasi merentasi pelbagai struktur yang menarik.

Bayangkan kesemua kapal karam, saluran laluan yang sukar dan lubang kecil yang telah anda lepaskan semata-mata kerana anda kurang selesa untuk mengekalkan keapungan anda dalam situasi yang sukar.

APA yang akan saya pelajari?

Pelajari cara melaraskan kelengkapan anda dan mengimbangi diri anda dengan betul di dalam air.

Fahami kepelbagaian keperluan beban di bawah air - keadaan terlalu berat atau terlalu ringan akan menjejaskan daya keapungan dan tahap kecekapan anda.

Pelajari cara untuk menyelaraskan diri anda dan peralatan anda, bagi memastikan satu-satunya pergerakan yang anda buat adalah terkawal, minimum dan hampir tidak memerlukan banyak tenaga.

Kesemua teknik ini akan membantu anda untuk menjimatkan penggunaan udara.

Anda juga akan mendapat tahap keselesaan tambahan di bawah air apabila anda diajar cara melayang (hover) dalam posisi mendatar dan menegak menggunakan alat bantuan keapungan serta teknik pernafasan anda.

MENGAPA saya harus berasa teruja?

Keupayaan menyelam dengan tenaga yang minimum akan menambah baik keseluruhan pengalaman anda - anda menjadi lebih tenang, lantas berada dalam keadaan minda yang lebih baik untuk menghayati keindahan dunia bawah air di sekeliling anda.

Di samping itu, sebagai seorang penyelam yang lebih tenang dan berkeyakinan untuk sekadar meluncur dari satu tempat ke tempat yang lain, anda akan dapat kekal lebih lama di dasar tanpa perlu naik ke permukaan. Anda tidak lagi akan kehabisan udara dengan cepat akibat penggunaan tenaga sepakan (kick) yang berlebihan dan kerap mengepam masuk udara (inflate) ke dalam BCD anda.

BAGAIMANA untuk saya melakukannya?

Latihan yang berterusan akan membuahkan hasil, dan berbekalkan teknik yang betul berserta tempoh latihan yang cukup, anda pasti akan kagum dengan kesan yang diberikan oleh kursus menyeronokkan serta merangsangkan ini terhadap pengalaman menyelam anda kelak.

Tempah kursus PADI Peak Performance Buoyancy anda hari ini

↑ Kembali ke atas