Sibuan
Pulau Sibuan merupakan pulau yang cantik dan salah satu daripada lapan buah pulau yang membentuk Taman Marin Tun Sakaran. Malah, ia dikatakan antara pulau yang paling menawan di Laut Sulawesi. Dari Semporna, perjalanan bot ke Pulau Sibuan mengambil masa kira-kira 30 minit, namun ia mungkin lebih lama bergantung pada keadaan air pasang surut.
Sibuan juga dikenali sebagai Battleship Island oleh penduduk tempatan. Kebanyakan daya tarikannya adalah pada keindahan alam semula jadinya yang tidak tercemar, terutamanya keadaan terumbu karangnya yang dipelihara dengan baik. Pantai berpasir yang mengelilingi pulau ini dipenuhi dengan pokok kelapa. Di sebelah selatan pulau ini, terdapat beting pasir menarik yang sering dikunjungi oleh pelancong untuk berkelah.
Sibuan ialah pulau berpasir dengan rupa bumi yang rendah (1 hingga 2 meter di atas paras laut) dan terletak di puncak terumbu karang di sebelah barat laut Bodgaya. Ia berbentuk tiga segi dengan keluasan 15.13 ekar, dan terbentuk daripada sisa terumbu karang yang berhampiran. Pembentukan batu kapur boleh dilihat di pelbagai tempat di sekitar pulau ini.
Panjang dan sempit dengan bentuk tiga segi apabila dilihat dari atas. Di bahagian selatan terdapat jaluran pasir panjang yang sempit, yang akan ditenggelami air semasa air pasang.
Di tengah pulau terdapat hutan kecil dan kawanan pantainya dibarisi pokok kelapa.
Bagaimana pula dengan Aktiviti Selam Skuba dan Snorkeling di Sibuan?
Pulau Sibuan, dengan pasir keperakannya dan air yang jernih bukan sahaja sesuai untuk selam skuba dan snorkeling, malah juga untuk aktiviti berenang dan berjemur. Ikan pari, sotong, penyu dan mandarinfish yang berwarna-warni sentiasa menonjolkan kehadirannya di perairan ini, manakala pelbagai jenis hidupan yang lebih kecil seperti pygmy seahorse pula sentiasa bermain sorok-sorok di sebalik batu karangnya yang tidak tercemar.
Memandangkan perairannya adalah gabungan dataran cetek dan cerun curam, pulau ini sering menjadi persinggahan biasa untuk kursus open water diver (penyelam perairan terbuka) dan program penyelam berpengalaman.
Berenang di Sibuan
Air yang jernih dan persekitaran yang menggamit kunjungan, menjadikan pulau kecil ini popular bagi mereka yang gemar berenang dan ber-snorkeling.
Pantai berpasir putihnya yang memukau sememangnya sesuai untuk semua, baik yang pandai berenang mahupun yang tidak pandai.
Sila maklum bahawa satu-satunya kawasan yang sesuai untuk berenang ialah di hujung selatan, kerana di bahagian lain anda perlu meredah tebing karang sebelum sampai ke kawasan laut.
Berdasarkan usaha kedua-dua pihak berkuasa tempatan dan komuniti penyelam, kawasan pantai di pulau ini berjaya dikekalkan dalam keadaan yang bersih dan hanya dilitupi kayu hanyut (driftwood) di persekitarannya.
Bajau Laut
Bagi suku Gipsi Laut nomad yang dipanggil Bajau Laut ini, bot kayu berukir sememangnya menjadi identiti kepada kewujudan mereka. Bertemu dengan masyarakat ini, yang terputus sepenuhnya daripada tamadun arus perdana, sememangnya menjadi satu pengalaman yang sangat menarik buat pengunjung.
Di mana tempat penginapan?
Pulau Sibuan dan juga mana-mana pulau dalam kepulauan yang membentuk Taman Marin Tun Sakaran, tidak menyediakan sebarang penginapan bagi pelancong. Bagaimanapun, di pulau-pulau berhampiran terdapat Mataking Island Resort dan Pom Pom Island Resort. Pilihan lain ialah menginap di tanah besar di bandar Semporna yang turut menyediakan pelbagai hotel, resort dan asrama. Pengendali selam sering membawa pelancong ke Sibuan menerusi lawatan harian.
Cara untuk Ke Sibuan
- Dari Semporna ke Sibuan: hanya 30 minit menaiki bot laju.
- Dari Pulau Mataking dan Pom Pom: kira-kira 25 hingga 35 minit.
- Dari Pulau Mabul perjalanan akan mengambil masa kira-kira satu jam.
Pantainya yang sunyi, dihiasi pasir putih, dengan air yang hangat dan merupakan tempat snorkeling yang terbaik menjadikan pulau ini syurga yang menakjubkan di pesisir pantai Sabah, di Laut Sulawesi.
Tanya Mengenai pulau Sibuan