254

Permit Sipadan terhad setiap hari — pastikan anda mendapat permit menyelam atau snorkeling anda lebih awal.

Pulau Mabul · Sabah

Uncle Chang Sipadan Mabul Dive Lodge

Uncle Chang Sipadan Mabul Dive Lodge terletak di Pulau Mabul, di sebuah perkampungan yang bertentangan arah dengan kedudukan resort mewah Mabul Water Bungalows dan Sipadan-Mabul Resort.

Penyelam skuba di dalam air sedang bersiap sedia untuk menyelam berhampiran jeti di Uncle Chang's Dive Lodge, sebuah resort backpacker yang popular di Pulau Mabul.

Uncle Chang menawarkan kepada pengembara beg galas (backpacker) chalet air yang ringkas, bilik asrama, dan lawatan harian ke Pulau Sipadan.

Rumah penginapan di atas tiang ini diperbuat daripada kayu dan dibina sama ada dalam bentuk rumah panjang berkonsepkan asrama, mahupun chalet di atas tiang di permukaan laut.

Pilihan bilik bujang, kembar, asrama, keluarga, dan bilik dengan pemandangan laut ada tersedia.

Uncle Chang's Dive Lodge menyediakan tempat penginapan yang berpatutan dan menyeronokkan buat para penyelam yang gemarkan cabaran, perenang snorkeling serta peminat hidupan laut di Pulau Mabul, di samping dapat berkongsi keajaiban semula jadi yang menakjubkan di pesisir pantai kampung halaman Uncle Chang yang permai iaitu Semporna, Sabah, kepada sesiapa yang mencarinya.

Pasukan Uncle Chang Sipadan Mabul Dive Lodge komited terhadap alam sekitar dan ekopelancongan mampan. Ini bermakna, sebuah rumah penginapan menyelam diuruskan dengan menggunakan sumber yang paling minimum dan memberikan impak yang sangat sedikit ke atas alam sekitar, terutamanya ekosistem marin Sipadan dan Mabul yang sensitif; yang merupakan sumber rezeki kepada kami dan hampir semua penduduk di Mabul.

Uncle Chang Sipadan Mabul Dive Lodge mengupah warga tempatan memandangkan kelestarian juga bermakna membantu menjana pendapatan serta menyediakan peluang pekerjaan kepada komuniti di sini. Ini secara tidak langsung memberikan mereka pendedahan dalam industri ekopelancongan dan seterusnya dalam usaha melindungi alam sekitar tempatan, lantas membantu membendung aktiviti ekonomi yang memudaratkan seperti amalan penangkapan ikan menggunakan dinamit dan sianida (cyanide fishing).

Uncle Chang Sipadan Mabul Dive Lodge menyediakan pengalaman yang selamat, menyeronokkan, dan unik bagi sesiapa sahaja yang menyelam bersama kami. Jurulatih selam serta divemaster (ketua selam) kami diperakui PADI, sangat berpengalaman, dan umumnya sangat menyeronokkan untuk diluangkan masa bersama. Di darat pula, anda mungkin akan mendapati diri anda saling melaga botol minuman, menyanyikan Lagu Sipadan, serta berkaraoke lagu klasik rock'n'roll bersama mereka dan juga pekerja lain. Tiada satu detik pun yang membosankan di sini, baik di dalam mahupun di luar laut. Tanpa disedari, ada sahaja tetamu yang ingin memanjangkan tempoh penginapan mereka.

Akhir sekali, Uncle Chang Sipadan Mabul Dive Lodge komited dalam menyediakan pengalaman pengembaraan yang berpatutan buat anda. Ruang penginapannya mungkin tidak sehebat resort bertaraf lima bintang, tetapi ia bersih, selamat, dan dilengkapi dengan kemudahan asas. Bak kata pepatah, ia bertujuan untuk memastikan percutian anda bertumpu pada aktiviti di luar dan bukannya terperuk di dalam bilik yang mahal.

Bilik-bilik Mabul

Hiduplah bak warga tempatan!

Wah... bangun sahaja daripada tidur disajikan dengan pemandangan Laut Celebes betul-betul di hadapan pintu dan di bawah telapak kaki anda! Jika anda ingin berada sedekat mungkin dengan kesemua lokasi selaman terbaik sepanjang penginapan anda, pastikan anda menginap di Pulau Mabul. Dan jika anda ingin menginap di tempat paling meriah di pulau ini, Uncle Chang's semestinya destinasi yang paling tepat. Rumah penginapan berwarna kuning terang ini merupakan kompleks binaan kayu yang didirikan di atas tiang pada permukaan air yang sangat jernih, sememangnya tidak ubah seperti rumah tradisional yang sering terdapat di kebanyakan perkampungan laut di Borneo.

Semak Tarikh & Harga

Terletak di pantai barat Mabul, rumah penginapan ini menyaksikan panorama matahari terbenam seindah poskad yang mengawali pada setiap petang yang meriah.

Kami menyediakan penginapan asas yang bersih dan selesa. Ruang penginapan dan kemudahannya mungkin agak ringkas, namun makanan, minuman serta hiburan pastinya akan mengisi masa lapang anda sepanjang menginap di bawah bumbung ini, tanpa sebarang caj tambahan.

Permata Semporna

Di perairan pantai timur Borneo, Laut Celebes mekar sebagai salah satu habitat marin yang paling kaya. Permatanya semestinya Pulau Sipadan yang terkenal, malah sering diundi sebagai salah satu daripada sepuluh tapak selam terbaik dunia. Sementara itu, Pulau Mabul yang berdekatan semakin mendapat pengiktirafan sebagai salah satu tapak selam muck diving (selam selut) dan selaman makro terbaik di dunia. Kapalai yang merupakan jiran Mabul menawarkan sedikit daripada kedua-duanya.

Adakah dunia terletak di atas cengkerang penyu gergasi? Kami tidak tahu, tetapi apa yang boleh kami beritahu anda ialah Sipadan mungkin sahaja pusat alam semesta bagi haiwan itu. Penyu ialah spesies terancam di seluruh dunia tetapi ini adalah satu daripada sebilangan kecil tempat yang pastinya menjanjikan pertemuan jarak dekat dengan haiwan itu pada setiap selaman.

Faktor penyu inilah yang pertama kali menempatkan pulau itu di atas peta apabila ia menjadi sebahagian daripada rizab asli telur penyu Sabah pada tahun 1964. Kemudian dokumentari Jacques Cousteau pada tahun 1989 bertajuk Ghost of the Sea Turtles telah melonjakkan nama Sipadan sebagai destinasi legenda. Mendiang ahli oseanografi tersebut menggambarkannya: "Saya pernah melihat tempat lain seperti Sipadan, 45 tahun yang lalu, tetapi kini sudah tiada. Sekarang, kami telah menemui satu karya seni yang tidak pernah disentuh." Hingga ke hari ini, para penyelam bercakap tentang Sipadan sebagai antara lokasi menyelam terbaik di Bumi, yang menampilkan pelbagai keunikan hebat.

Pulau ini terbentuk daripada batu karang yang tumbuh di atas gunung berapi bawah laut yang telah pupus selama ribuan tahun. Sipadan pada asasnya ialah tiang batu yang menjulang 600m (2000 kaki) dari dasar laut, yang muncul keluar dari lautan sejauh 10km (6.2 batu) di selatan pentas benua. Diselubungi oleh arus kuat yang kaya dengan nutrien di tengah-tengah lembangan Indo-Pasifik, ribuan spesies berkumpul di kota ekologi yang menakjubkan ini.

Antara tapak selam terkenal Sipadan:

Drop Off

Anda boleh menyaksikan sendiri keunikan luar biasa satu-satunya pulau lautan Malaysia ini secara sangat dramatik di Drop Off. Ia terletak di hujung utara pulau tersebut, tempat yang hamparan pasir cetek yang hanya beberapa langkah dari pantai menjunam jatuh ke dinding terumbu menegak jauh di dasar laut, meriah dengan kehidupan dan sungguh menakjubkan untuk snorkeling dan selaman pantai (shore diving).

Buat tempahan di Uncle Chang

Turtle Cave (Gua Penyu)

Berhampiran Drop Off dan berada pada kedudukan 20 meter di bawah air ialah Turtle Cave yang misteri, yang juga dikenali sebagai Makam Penyu (Turtle Tomb). Rangka penyu yang tersesat dan lemas di dalamnya telah ditemui, lantas memberikan gua ini namanya dan lahirnya sebuah kepercayaan rakyat bahawa ini ialah tempat peristirahatan terakhir bagi para penyu. Latihan dan kelengkapan yang wajar diperlukan untuk meneroka sistem gua ini sepenuhnya, atau anda mungkin akan mengalami nasib yang sama tanpa kedua-duanya. Namun, berenang hanya beberapa meter ke dalam gua sudah cukup mendebarkan, paling tidak, sekadar untuk menikmati pemandangan memukau laut biru dalam dari arah luar gua.

Barracuda Point

Ini ialah tapak berharga di Sipadan kerana lambakan dan kepelbagaian hidupan marin yang boleh dilihat. Sesuai dengan namanya, ia terkenal dengan kawanan ikan barakuda yang sangat besar serta ikan trevally yang membentuk formasi pusaran pusaran yang menakjubkan, satu pemandangan yang sangat dicari untuk ditatap. Jerung terumbu, sotong kurita, belut moray dan bermacam-macam lagi juga boleh ditemui di sini.

South Point

Di hujung pulau yang bertentangan, menghadap lautan terbuka yang luas, South Point ialah tempat utama untuk menyaksikan hidupan pelagik yang bersaiz besar. Jerung, pari dan penyu berkerumun dalam jumlah yang sangat banyak di kawasan ini. Bagi penggemar kehidupan makro, dinding terumbu di sini dipenuhi dengan pelbagai spesies ini, sepertimana di semua bahagian lain di pulau ini.

West Ridge

Bahagian barat, yang memiliki dinding terdalam di Sipadan, adalah bahagian yang paling baik diterokai pada sebelah petang ketika matahari bersinar di kawasan ini, menyinari pelbagai warna batu karang, ikan, dan buran (anemones). Di suatu tempat di sepanjang bahagian ini terletaknya Hanging Gardens, yang kipas laut dan karang lembut bergantungan dengan cantiknya di bibir tebing dan menuruni dinding.

Apabila Sipadan dikosongkan daripada semua struktur komersial pada tahun 2004 sebagai langkah jangka panjang bagi memelihara dan memulihkan keadaan semula jadi pulau itu, sebilangan pengendali selam berpindah ke Pulau Mabul, yang terletak sejauh 25 minit perjalanan, untuk menjadikannya titik permulaan bagi selaman Sipadan mereka. Satu lembaran penemuan baharu segera dibuka apabila penyelam makro mendapati bahawa Mabul sendiri adalah syurga bagi makhluk eksotik. Sejak itu, pulau ini telah muncul dari bayang-bayang jirannya yang terkenal sebagai destinasi menyelam bertaraf dunia yang tersendiri.

Meskipun Sipadan diliputi terumbu karang, dihanyutkan oleh arus yang deras, dan terkenal dengan hidupan fauna pelagik yang besar dan berkawan, Mabul sebaliknya menawarkan pengalaman yang sama sekali berbeza: kebanyakannya merupakan lumpur kelodak serta serpihan di perairan yang lebih tenang dan habitat meriah bagi spesies yang kecil dan aneh. Muck diving (selam selut) begitu sinonim di sini, yang penyelam yang serba ingin tahu meluangkan masa mereka meneliti dasar laut dan memerhati secara dekat pelbagai spesies yang menarik, merangkumi kuda laut, nudibrank, belut, dan banyak lagi. Ramai jurugambar telah berjaya merakam perairan Mabul dengan imej-imej yang sangat memuaskan, dan ada kalanya memenangi anugerah.

Tempah sekarang — diskaun dalam talian

Antara tapak selam popular di Mabul:

Froggy Lair

Di celah-celah lubang pada batu dan ada kalanya pada sisa buangan seperti tayar lama, terdapat banyak makhluk yang membiak dengan suburnya. Mereka yang bermata tajam akan menemui pelbagai jenis nudibrank, garden eel (belut taman), mantis shrimp (udang mentadak), serta frogfish (ikan kala) yang merangkumi pelbagai saiz dan warna yang lazim didapati di tapak selam ini. Penyelam yang bertuah mungkin boleh terjumpa M. pfefferi (Pfeffer's Flamboyant Cuttlefish / sotong katak flamboyan Pfeffer) dan juga sotong kurita cincin biru.

Crocodile Avenue

Jangan bimbang, tiada buaya di sini. Malah, anda mungkin tidak akan menyedari hidupan yang membawa nama tapak ini, crocodilefish (ikan buaya) yang tidak berbahaya dan sangat hebat menyamar, biasanya hanya terbaring di dasar berpasir; jika tidak cukup tajam pemerhatian anda. Dengan tumpuan yang sama, anda mungkin akan menemukan beberapa ekor kuda laut yang sedang berehat di kawasan rumpai laut.

Seaventures Platform

Walaupun Seaventures ialah pelantar minyak terpakai dan mungkin tempat terakhir yang anda fikirkan untuk menyelam, tetapi pemandangan bawah airnya sangat berbeza: strukturnya menjadi syurga buat para penyelam muck (muck diver). Anda pastinya akan disajikan dengan warna-warni lautan yang memukau termasuklah menemui frogfish, lionfish dan nudibranch. Malah, moray eel gergasi juga antara hidupan laut bersaiz besar di sini.

Old House Reef

Beberapa pengendali selam telah bekerjasama membina terumbu buatan, menenggelamkan bot lama dan struktur pelbagai bentuk yang akhirnya berubah menjadi taman permainan hidupan marin yang memukau. Projek itu sangat berjaya sehinggakan terumbu karang itu seakan menjadi mini Sipadan yang menarik pelbagai fauna. Kawanan trevally sering mengunjungi tempat ini dan ikan pari gergasi boleh ditemui bersembunyi di dalam pasir.

Sebagai mercu tanda ketiga segi tiga emas, Kapalai Island bukanlah sebuah pulau tetapi beting pasir cetek di atas Ligitan Reef. Di atas permukaan air, Kapalai terkenal dengan resortnya yang dibina di atas tiang yang seakan-akan wujud secara magis jauh di perairan terbuka. Di bawah permukaan air, selaman di Kapalai adalah gabungan dua dunia: syurga penyelam muck (muck diver) di perairan tenang yang setanding dengan Mabul, tetapi dengan jarak penglihatan yang lebih tinggi dan beberapa hidupan pelagik besar seperti yang biasa ditemui di Sipadan.

Belajar menyelam!

KURSUS SELAM

Kami menyediakan kursus PADI bermula daripada Discover Scuba (Mari Menyelam Skuba) untuk pendatang baharu, hinggalah ke peringkat Divemaster (Master Selam) sebagai peluang untuk mengubah minat anda menjadi satu kerjaya. Tanya kami tentang bayaran dan sebarang soalan lain yang mungkin anda ingin tahu.

Tempah Uncle Chang's Lodge

Discover Scuba merupakan kelas pengenalan satu hari untuk selam skuba, terbuka kepada semua dari umur 10 tahun dan ke atas. Ia ialah cara yang hebat untuk mencuba aktiviti selam skuba dan belajar membiasakan diri di dalam air sebelum anda membuat keputusan untuk mendapatkan kelayakan menyelam yang diiktiraf daripada PADI.

Kursus Penyelam Perairan Terbuka PADI (PADI Open Water Diver Course) mengajar asas selam skuba dan semua kemahiran yang anda perlukan untuk memulakan perjalanan bawah air anda. Sebaik sahaja anda menamatkan kursus 3 hari ini, anda mendapat kebebasan untuk menyelam dengan sekurang-kurangnya seorang rakan yang mempunyai kelayakan yang sama tanpa pengawasan profesional.

Program Pengembaraan dalam Selam PADI (PADI Adventures in Diving Programme) menawarkan dua pensijilan, iaitu Penyelam Pengembaraan (Adventure Diver) dan Penyelam Perairan Terbuka Lanjutan (Advanced Open Water Diver), kedua-duanya berlangsung selama 3 hari yang menyeronokkan. Di sinilah anda boleh memilih beberapa kepakaran yang diminati, seperti Wreck Diving (Selam Kapal Karam) dan Selam Malam, sebagai tambahan kepada Selam Navigasi dan Selam Dalam (Deep Diving) yang wajib diambil. Pakej eko yang terdiri daripada Underwater Naturalist (Pencinta Alam Bawah Air), AWARE Fish ID (ID Ikan AWARE) dan Peak Performance Buoyancy (Keapungan Prestasi Puncak) merupakan satu set pilihan yang berbaloi untuk diambil kerana ia akan meningkatkan kesedaran anda tentang hidupan marin, seterusnya memperhebat setiap pengalaman selaman anda.

Kursus Penyelam Penyelamat PADI (PADI Rescue Diver Course) ialah kursus 3 hari yang menyeronokkan dan berbaloi yang akan membina keyakinan, pengetahuan dan tahap pengalaman anda dengan pantas. Anda akan belajar untuk melihat melangkaui diri anda dan selaman rekreasi semata-mata, untuk mempertimbangkan keselamatan dan kesejahteraan penyelam lain. Kursus ini, yang melatih anda dalam pencegahan masalah, prosedur kecemasan dan banyak lagi, ialah langkah penting ke arah semua latihan kepimpinan PADI (Divemaster, Penolong Pengajar dan Pengajar Selam Skuba Perairan Terbuka).

Kursus PADI Divemaster ialah permulaan kerjaya profesional PADI anda, yang akan memperdalam pengetahuan anda tentang semua aspek selaman, bermula daripada penyelenggaraan kelengkapan hinggalah kepada pengendalian operasi selam harian. Anda akan berlatih untuk menyelia aktiviti selam dan membantu pengajar menguruskan pelajar. Anda perlu melengkapkan sekurang-kurangnya 60 selaman untuk membolehkan anda mengambil kursus Divemaster, justeru ia merupakan satu komitmen yang serius, dan merupakan satu kursus gaya hidup dalam pelbagai cara. Anda boleh menghubungi kami untuk berbincang tentang pilihan anda dan bertanyakan butiran lanjut tentang cara untuk menjadi seorang PADI Divemaster.

*Termasuk peralatan (untuk penyelam), makanan, pemindahan (transfer) menaiki bot.

Pulau Mabul/Kapalai

*Harap maklum bahawa Mataking ialah sebuah pulau persendirian, oleh itu, kawasan daratnya terhad kepada tetamu mereka sahaja. Kita hanya dibenarkan untuk ber-snorkeling dan menyelam di kawasan terumbu sahaja.

Rancang perjalanan Pulau Mabul anda bersama Uncle Chang

Pulau Mabul terletak pada jarak 30 minit perjalanan menaiki bot dari Semporna, sebuah pekan kecil di pantai timur Sabah, Borneo Malaysia. Bagi membantu anda merancang percutian anda, berikut ialah pecahan laluan yang mungkin boleh diambil dalam perjalanan anda menuju ke Semporna.

Kami sedia membawa anda ke/dari Lapangan Terbang Tawau yang memakan masa sejam pemanduan dari Semporna atas permintaan anda. Dari Semporna, anda kemudiannya boleh menaiki bot ke Mabul, dan kembali semula ke pekan pada penghujung kembara anda bersama kami.

Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Hong Kong, Guangzhou, Manila, Taipei, Seoul, Tokyo

Ke Kota Kinabalu

Darat: Lapangan Terbang Tawau - Semporna, begitu juga sebaliknya

Laut: Jeti Semporna - Pulau Mabul - Jeti Semporna (perjalanan pergi balik)

Lebih lanjut tentang Uncle Chang Sipadan Mabul Dive Lodge

Sipadan

Kapalai

↑ Kembali ke atas