254

Permit Sipadan terhad setiap hari — pastikan anda mendapat permit menyelam atau snorkeling anda lebih awal.

Pulau-Pulau Semporna · Sabah

Dayang Resort - Semporna

Terletak hanya beberapa jarak yang singkat dari bandar Semporna, Dayang Resort mengalu-alukan para pengunjung untuk bersantai di atas air serta menikmati kehebatan dan keselesaan sebuah percutian kelas pertengahan.

Pemandangan simetri chalet atas air Dayang Resort dengan bumbungnya yang memuncak tinggi yang unik, dengan trempolin air di lagun firus (turquoise) yang jernih di persekitarannya.

Dibina di atas tiang kayu di perairan cetek yang jernih, resort atas air yang cantik ini sesuai untuk pasangan yang mencari percutian romantik berskala pertengahan, pencinta alam semula jadi dan mereka yang inginkan akses terus ke laut untuk aktiviti snorkeling dan juga kembara pulau merentasi Taman Marin Tun Sakaran.

Keselesaan Mewah dengan Pemandangan Laut yang Menawan

Dayang Resort menerapkan konsep kesederhanaan tempatan dengan digabungkan bersama chalet mewah yang menawarkan pengalaman hidup di atas air laut yang indah. Bilik-biliknya luas dan direka bentuk dengan cantik dengan dilengkapkan kemudahan hawa dingin dan semua yang sepatutnya berserta balkoni menghadap laut yang membolehkan anda duduk dan berehat sambil melihat air laut bergulung.

Bilik tidur yang luas dan sejuk di chalet Dayang Resort, menampilkan siling kayu melengkung yang tinggi dan akses terus ke balkoni peribadi.
Tetamu berehat di balkoni peribadi yang berbumbung di Dayang Resort, sambil menikmati pemandangan laut yang tenang terus dari chalet atas air mereka.

Chalet ini sangat selesa, dilengkapi penyaman udara, berlantai kayu dan dihias indah. Malah terdapat akses tangga terus ke laut. Tarikan utamanya? Pemandangan Laut Sulawesi tanpa henti—dan ketenangan hasil dari suasana yang jauh di tengah lautan.

Ruang istirahat dan dek restoran terbuka yang mendamaikan di Dayang Resort, dengan tempat duduk yang selesa untuk menikmati hidangan dan minuman betul-betul di atas air.
Chalet atas air peribadi di Dayang Resort, menampilkan seni bina bumbung rumbia tradisional dan geladak (sundeck) dengan akses tangga terus ke laut firus (turquoise).

Aktiviti Snorkeling Terus Dari Pintu Bilik Anda

Salah satu keistimewaan Dayang Resort ialah akses laut terus dari balkoni anda sendiri. Anda secara harfiahnya boleh terus terjun ke dalam air dan mula ber-snorkeling. Di dasar berpasir yang cetek kadang-kala terdapat penyu berenang berserta dengan kumpulan ikan terumbu karang yang kecil dan tapak sulaiman—sangat sesuai untuk pemula yang kali pertama mencuba aktiviti snorkeling.

Teres tinjau utama di Dayang Resort, dengan meja dan kerusi yang disediakan untuk tetamu menikmati pemandangan panorama tempat persembunyian atas air ini.
Pemandangan panorama dari teres utama di Dayang Resort, menghadap ke chalet atas air yang menawan serta trempolin laut gergasi di lagun.

Pengembaraan Pulau untuk Setiap Peringkat

Selain aktiviti tempatan seperti menaiki bot pisang dan trempolin laut gergasi di tengah-tengah resort, kami juga boleh mengatur perjalanan kembara pulau menaiki bot ke pulau berhampiran seperti Bohey Dulang, Mantabuan dan Sibuan. Mendaki laluan tinjau Bohey Dulang (ketinggian 700 meter), kemudian bot laju anda akan membawa anda ke lagun firus Sibuan untuk merasai pengalaman bersnorkeling di kawasan air paling jernih di sekitarnya. Lawatan pulau ini sangat sesuai untuk pasangan dan pengunjung percutian yang ingin menerokai pulau-pulau di Taman Marin Tun Sakaran.

Mabul dan Sipadan: Hanya Sejauh Perjalanan Menaiki Bot Laju

Walaupun Dayang Resort bukanlah resort menyelam, tapi laluannya mudah untuk beralih ke Pulau Mabul dan Sipadan. Ramai pengembara singgah di sini 1 atau 2 malam sebelum meneruskan perjalanan ke Pulau Mabul. Ia adalah percutian yang menenangkan dalam jadual perjalanan anda dan pangkalan percutian romantik untuk berehat sebelum atau selepas hari menyelam skuba anda yang memenatkan.

Semak Tarikh & Harga di Dayang Resort

Ingin menyelam di Sipadan? Pastikan anda mendapatkan permit melalui kami. Jika anda bernasib baik dan merancang awal, anda boleh menyelam di Barracuda Point atau tapak menyelam Drop Off yang legenda selepas beberapa hari mendaftar keluar dari Dayang Resort.

Siapakah Yang Patut Menginap di Dayang Resort?

Dayang merupakan pilihan terbaik untuk pasangan yang inginkan bulan madu romantik pertengahan, pengembara yang santai, keluarga, mahupun kumpulan rakan yang ingin merasai pengalaman menginap di atas air dengan bajet pertengahan. Jika anda menyukai bayu laut, pemandangan laut yang menakjubkan, kembara pulau, dan sekadar menikmati perasaan berada di tengah laut sambil menikmati perkhidmatan dan makanan tempatan yang sederhana, tempat ini memberikan sesuatu yang amat bermakna: ketenangan, kedekatan dengan laut, dan pemandangan sebuah idaman.

Komen Akhir

Kadangkala memori percutian terbaik datang daripada lokasi yang kurang dikenali. Dayang Resort memberikan anda keselesaan yang mencukupi dengan sentuhan kemewahan bersama pemandangan laut yang terbentang luas. Ia tidaklah terlalu mewah, tetapi ia cukup dekat di hati - dan bagi ramai pengembara, itulah yang menjadikannya tidak dapat dilupakan.

Untuk beberapa malam merasai kedinginan di atas perairan yang tenang sebelum menuju ke Pulau Mabul atau Sipadan yang penuh aktiviti, ia salah satu pilihan resort pintar berhampiran Semporna.

Bagaimana untuk Menempah

Biar kami bantu anda mencipta pakej tersuai yang merangkumi penginapan anda di Dayang Resort dan lawatan pulau yang berhampiran.

Ingin menggabungkan percutian di Dayang Resort dengan Mabul dan Sipadan? Bertanyalah mengenai pakej berbilang pulau kami yang menampilkan resort selam terkemuka di Pulau Mabul.

Hubungi Dayang Resort dalam talian dan dapatkan kadar promosi yang istimewa.

↑ Kembali ke atas