Sea Star Resort - Semporna
Terletak hanya beberapa minit dari pesisiran bandar Semporna yang sibuk, Sea Star Resort menghidangkan anda satu pengalaman penginapan atas air yang sungguh unik.

Dibina sepenuhnya di atas tiang di perairan cetek berwarna pirus, resort ini direka untuk pengembara yang mencari ketenangan, pemandangan laut, dan kemudahan akses untuk menerokai pengalaman hebat bersnorkeling dan pengembaraan jelajah pulau.
Sekelumit nikmat syurga di atas air yang ringkas
Jika anda membayangkan sebuah kompleks lima bintang yang besar dengan kolam infiniti dan seni bina yang memukau — ini bukanlah tempatnya. Sea Star Resort adalah lebih sederhana, dan itulah tarikannya. Terletak hanya beberapa minit perjalanan menaiki bot dari pekan Semporna, resort ini terapung dengan tenang di atas perairan zamrud yang cetek, memberikan anda perasaan seolah-olah "berjalan di atas air" saat anda mendaftar masuk.


Calet-calet atas air yang selesa, serta mempunyai reka bentuk tempatan yang menarik berserta sentuhan mewah. Nikmati lantai kayu di bawah tapak kaki kosong anda dan akses terus ke laut dari balkoni peribadi, tempat anda boleh melihat sekumpulan ikan berenang di bawah calet anda. Terdapat kemudahan Wi-Fi, penyaman udara dan pancuran mandi air panas, tetapi kemewahan sebenar adalah pada keindahan pemandangan laut yang menakjubkan dan pandangan Pulau Bohey Dulang dari kejauhan.


Snorkeling terus dari bilik anda
Satu perkara yang paling saya gemari tentang Sea Star Resort? Anda tidak perlu menempah lawatan untuk mula meneroka hidupan marin. Hanya pakai topeng dan sirip anda, dan terus terjun dari tangga balkoni bilik anda. Dalam masa beberapa saat, anda akan mula terapung dan menikmati pemandangan sekumpulan ikan meluncur pantas di atas dasar berpasir. Walaupun hidupan bawah airnya tidaklah begitu menakjubkan seperti di Pulau Sipadan dan Pulau Mabul yang berhampiran, tetapi kemudahan akses yang ditawarkan ini sukar ditandingi.
Lawatan ke pulau-pulau
Aktiviti merangkumi lawatan percutian pulau. Bermula dengan aktiviti mendaki yang curam tetapi berbaloi ke atas Pulau Bohey Dulang yang memberikan pemandangan seakan poskad dari puncaknya. Dari sana, pergi bersnorkeling ke Pulau Sibuan yang indah, lokasi kegemaran penduduk tempatan dengan air laut yang jernih. Dalam perjalanan pulang, singgah di pulau-pulau yang kurang dikunjungi seperti Pulau Mantabuan, ia lebih sunyi berbanding perhentian pulau yang biasa.
Menyelam dan snorkeling di Mabul dan Sipadan
Kini, mari bercakap tentang selam skuba. Walaupun Sea Star Resort bukan merupakan resort khas untuk menyelam, selepas bermalam selama satu atau dua malam di sana, anda boleh menyambung perjalanan ke Pulau Mabul yang terkenal dan juga ke Pulau Sipadan (perlu tempah permit lebih awal). Dalam tempoh beberapa hari lawatan snorkeling atau menyelam ke Pulau Mabul, anda boleh melihat pelbagai hidupan marin bermula dari penyu laut hinggalah ke sotong katak flamboyant (flamboyant cuttlefish).
Semak Tarikh & Harga di Sea Star Resort
Bagaimana pula dengan Pulau Sipadan? Ia masih merupakan salah satu pengalaman menyelam terbaik di Bumi, tetapi anda perlu merancang perjalanan anda lebih awal. Untuk mendapatkan permit Sipadan, ia memerlukan fleksibiliti dan sedikit tuah. Alami pengalaman di Barracuda Point yang terkenal, yang para penyelam dapat menyaksikan pergerakan berpusar dari ribuan ikan alu-alu (barracuda).
Untuk siapakah Sea Star Resort ini?
Berdasarkan pengalaman saya, Sea Star Resort amat sesuai untuk pasangan yang mengembara atau berbulan madu dengan bajet sederhana, lalu meningkatkan kualiti percutian mereka dengan menetap selama satu atau dua malam dalam suasana atas air yang tenang. Ia tidaklah terlalu mewah seperti percutian resort pulau mewah di Bora Bora atau Maldives, dan itu bukanlah satu masalah. Ia bercirikan gaya Sabahan, dan jika anda sanggup merasai kesederhanaan, anda akan dianugerahi dengan magis pulau yang santai dan memukau ini.
Pandangan terakhir
Semporna sering dilihat sebagai titik permulaan kepada pengalaman "sebenar" yang lebih jauh seperti Mabul dan Sipadan, dan tempat-tempat seperti Sea Star Resort mewakili sesuatu yang hebat untuk pasangan yang mencari percutian romantis untuk satu atau dua malam sebelum meneruskan perjalanan mereka ke pulau-pulau terkenal di dunia, Mabul dan Sipadan.
Oleh itu sediakan krim pelindung matahari yang mesra terumbu karang, bawa sekali sifat ingin tahu, serta sekadar duduk dan bersantai di Sea Star Resort.
Bagaimana untuk Menempah
Hubungi kami untuk mendapatkan pakej yang merangkumi lawatan jelajah pulau
Jika anda ingin menggabungkan penginapan di Sea Star Resort dengan penginapan di Pulau Mabul berserta permit untuk menyelam atau bersnorkeling di Pulau Sipadan, pertimbangkan untuk menempah 1 atau 2 malam di Sea Star Resort berserta penginapan 3 Hari/2 Malam atau 4 Hari/3 Malam di salah sebuah resort menyelam di Pulau Mabul atau Pulau Kapalai.
Hubungi Sea Star Resort dalam talian untuk menerima diskaun istimewa.
↑ Kembali ke atas