Sky Water Villas - Semporna
Sekadar 15 minit menaiki bot dari bandar Semporna, Sky Water Villas menjanjikan pengalaman percutian atas air yang amat mengasyikkan dengan pesona chalet bertemankan pemandangan laut berserta hembusan suasana lautan yang cukup mendamaikan.

Chalet Indah Menghadap Laut
Terletak di atas perairan biru firus (turquoise) Laut Celebes, Sky Water Villas ialah sebuah resort atas air sederhana yang sesuai untuk pasangan yang mencari percutian yang tenang dan romantik. Setiap bilik mempunyai balkoni yang menghadap ke laut, dengan pemandangan matahari terbit atau terbenam berserta bayu laut betul-betul di hadapan pintu anda.
Pesona Atas Air dan Keselesaan Moden
Sky Water Villas menampilkan chalet berhawa dingin dengan reka bentuk yang indah, dihubungkan dengan laluan kayu (boardwalk) betul-betul di atas laut. Semua bilik menawarkan balkoni peribadi, bilik mandi bersambung peribadi, dan hiasan dalaman tempatan yang selesa. Semuanya direka dengan mengutamakan kesederhanaan — sangat sesuai untuk pasangan dan pengunjung yang mencari penginapan yang damai dan selesa di samping pengalaman pemandangan laut yang menakjubkan tanpa perlu berbelanja terlalu besar.


Vila kayunya diselenggara dengan baik, dengan katil bersaiz king yang selesa berhadapan tingkap yang menghadap terus ke laut dan balkoni peribadi anda sendiri. Duduk dan bersantai, bangun dari tidur ditemani bunyi deruan ombak di bawah anda dan nikmati minuman di balkoni anda sambil melihat keindahan cahaya matahari pagi rona keemasan dan kemerahan bertebaran di laut.


Lakukan Snorkeling Terus dari Kawasan Restoran
Salah satu tarikan terbesar untuk menginap di Sky Water Villas Resort adalah kemudahan aksesnya ke laut. Melangkah turun dari pelantar restoran dan hanya perlu bersnorkel di sekitar kawasan dasar berpasir yang cetek, yang anda mungkin dapat melihat kawanan ikan kecil dan kadang-kala kelibat penyu. Sama ada untuk sekadar berenang pada waktu pagi atau ingin mencuba snorkeling di perairan yang tenang dan selamat, resort ini pasti menjanjikan pengalaman terbaik.


Sambungan Hebat dengan Lawatan Lompat Pulau
Sky Water Villas Resort juga terletak dengan mudah bagi tujuan lawatan pulau. Dari sini, anda boleh beralih ke Pulau Bohey Dulang yang mengagumkan atau Pulau Sibuan yang berbentuk titisan air. Sama ada anda menggemari aktiviti mendaki (hiking), merentas hutan (trekking), snorkeling mahupun sekadar berenang untuk aktiviti harian anda, anda pasti akan gembira untuk kembali ke chalet mendamaikan yang terletak betul-betul di atas Laut Celebes.
Lanjutkan Perjalanan Anda ke Mabul atau Sipadan


Ramai pasangan gemar menginap di Sky Water Villas sebagai perhentian pertama (atau terakhir) yang romantik dan santai sebelum meneruskan aktiviti seperti menyelam skuba atau snorkeling. Pulihkan tenaga anda daripada perjalanan di dalam hutan mahupun di darat sebelum menuju ke Pulau Mabul, Kapalai dan Sipadan. Kami sedia membantu menguruskan perkhidmatan pemindahan bot tempatan anda (tanya kami untuk waktu pemindahan), dan boleh membantu dari segi pakej yang merangkumi permit Sipadan anda berserta lanjutan (extension) ke resort menyelam Mabul.
Semak Tarikh & Harga di Sky Water Villas
Nota: Kami mengesyorkan agar anda menempah permit Sipadan lebih awal jika anda merancang untuk menyelam atau bersnorkel di sana.
Siapa Yang Sesuai Menginap di Sky Water Villas?
Resort ini adalah yang terbaik bagi pasangan yang mencari lokasi berbulan madu pada kadar sederhana atau sekadar penginapan yang romantik. Kumpulan pelancong kecil dan keluarga pasti akan menggemari penginapan atas air yang mendamaikan. Ia bukanlah kemewahan kelas atasan bertaraf 5 bintang, tetapi ia sangat menawan, diselenggara dengan baik, dan sangat santai. Sangat sesuai untuk mereka yang lebih gemar menikmati pemandangan laut berbanding kebisingan bandar Semporna.


Natijahnya
Sky Water Villas menawarkan keseronokan yang jarang didapati iaitu menginap betul-betul di atas air untuk merasai kedamaian sebenar. Jika anda sedang memburu pemandangan langit terbenam atau matahari terbit, ombak lembut serta pangkalan mudah untuk ke pulau pengembaraan Taman Marin Tun Sakaran, resort terapung yang indah ini ada segalanya.


Bagaimana untuk Menempah
Tanya tentang perjalanan balik hari island-hopping
Untuk menggabungkan percutian di Sky Water Villas dengan penginapan pulau di Mabul atau Kapalai, tanyalah mengenai pakej pelbagai-resort kami, termasuk resort di Pulau Mabul.
Hubungi Sky Water Villas untuk menerima diskaun dalam talian yang istimewa.
↑ Kembali ke atas