254

Permit Sipadan terhad setiap hari — pastikan anda mendapat permit menyelam atau snorkeling anda lebih awal.

Kursus Selam Specialty

Kursus Jurugambar Bawah Air (U/W Photographer)

Dengan kepelbagaian makhluk yang menakjubkan untuk dilihat dan difoto, tidak hairanlah fotografi bawah air telah menjadi hobi yang sangat popular dalam kalangan penyelam skuba selama bertahun-tahun.

SIAPA yang bersedia untuk pengembaraan?

Sebagai salah satu kepakaran paling popular yang kini ditawarkan oleh PADI, dunia fotografi bawah air ini sebenarnya diajar dalam dua kursus - iaitu fotografi bawah air dan fotografi bawah air digital.

Kursus pertama akan menyampaikan amalan pertimbangan tradisional dalam bidang fotografi dan ciri-ciri kualiti yang sepatutnya bagi menghasilkan gambar bawah air yang baik.

Jika mengambil kursus fotografi bawah air digital, anda akan diajar dengan teknik asas pada kamera digital moden untuk memberi gambaran tentang fungsi dan keupayaan peralatan zaman moden ini.

Anda akan berupaya untuk membuat keputusan tepat tentang kamera bawah air yang terbaik untuk dibeli selain turut diajar kaedah PADI SEA (Tembak, Periksa dan Selaras/Shoot, Examine and Adjust) untuk mendapatkan syot yang bagus dalam masa yang singkat.

MENGAPA saya harus berasa teruja?

Sebagaimana yang akan dinyatakan oleh mana-mana jurugambar bawah air profesional kepada anda, hobi fotografi bawah air ini bukanlah semata-mata membawa kamera di dalam air, hala dan menangkap gambar sasaran anda - biarpun ini boleh menjadi hobi yang menyeronokkan sekiranya anda tidak mementingkan aspek kualiti gambar.

BAGAIMANA untuk saya melakukannya?

Teknik dan kemahiran seperti cara menggunakan pencahayaan di bawah air, cara melakukan pengimbangan putih pada gambar anda dan cara mengelakkan serakan balik (backscatter) atau hingar semuanya akan diajar semasa kursus pengenalan ini.

Penyelam juga diajar cara menetapkan kedudukan (set up) syot mereka dalam jarak yang selamat daripada hidupan marin yang sensitif.

Tanya tentang kursus U/W Photographer

Lebih lanjut tentang Kursus Jurugambar Bawah Air Digital PADI

Kursus selam kepakaran (Specialty dive courses). Memandangkan terdapat banyak objek untuk dirakam, kebanyakan penyelam membawa kamera ke Mabul; yang sukarnya adalah untuk merakam foto yang menyamai gambaran imej yang dapat dilihat oleh pandangan mata anda. Kursus Jurugambar Bawah Air Digital merapatkan jurang kelemahan tersebut: perbezaan antara hasil gambar biru-kelabu yang kabur dengan gambar pada halaman galeri kami ialah aplikasj teknik yang betul, dan teknik ini ada diajarkan di sini.

Untuk siapa? Sesiapa sahaja yang mempunyai minat baharu dalam fotografi bawah air — mana-mana penyelam bertauliah, semua jenis kamera, bermula dari kamera aksi (action cam) dan kompak hinggalah kepada kelengkapan yang lebih mantap. (Perenang snorkel malah boleh mengambil peringkat pertama ini.)

Apa yang akan saya pelajari? Kaedah PADI SEA (Tembak, Periksa dan Selaras/Shoot, Examine and Adjust) yang pantas bagi mendapatkan gambar yang bagus: pendedahan (exposure) dan pengimbangan putih bawah air (mengapa semuanya bertukar menjadi biru dan bagaimana untuk mengelaknya), komposisi yang berkesan di sebalik topeng (mask) selam, dan koreografi gaya pengendalian kamera bersama gaya keapungan yang mampu melindungi terumbu karang dan gambar yang anda ambil. Latihan yang merangkumi dua selaman ini bersama seorang pengajar yang akan menilai hasil gambar sebenar anda ini menjanjikan ilmu yang lebih banyak berbanding setahun masa anda belajar secara meneka semata-mata.

Mengapa di sini? Ini kerana Mabul boleh dikatakan sebagai bilik darjah yang terbaik dalam bidang selaman: memaparkan pelbagai hidupan yang diam tidak bergerak (frogfish yang tidak banyak bergerak), tapak selaman cetek dengan masa di dasar (bottom time) yang lebih lama, dan hidupan makro yang dapat mempraktikkan setiap teknik yang diajar di dalam kursus ini. Para pelajar akan menerima pensijilan dan portfolio dengan pencapaian yang sama di atas sekeping kad.

Tempah kursus U/W Photographer anda hari ini

↑ Kembali ke atas