Menyelam di Kota Kinabalu
Walaupun ia kurang dikenali oleh penyelam jika dibandingkan dengan Sipadan yang terkenal di dunia, pantai barat Sabah mempunyai lokasi strategik berhampiran bandar Kota Kinabalu yang sibuk. Berpusat pada 5 buah pulau yang mengelilingi TARP (Taman Marin Tunku Abdul Rahman), perairan di sini berwarna biru kehijauan dan dipenuhi dengan pelbagai hidupan.
Kota Kinabalu (KK) merupakan pintu masuk ke 15 buah pulau.
Tempah Kota Kinabalu diving anda
Kota Kinabalu ialah pilihan yang baik untuk mereka yang ingin belajar menyelam (PADI, SSI, NAUI...) pada kadar diskaun sebelum menyelam di kawasan Sipadan yang terkenal di dunia.
Pulau-pulau utama untuk selam skuba dan snorkeling adalah:
- Pulau Gaya
- Pulau Sapi
- Pulau Mantanani
- Pulau Manukan
- Pulau Mamutik
- Pulau Sulug
Selam Skuba
Pulau Sapi merupakan pilihan yang baik untuk mereka yang baru belajar menyelam atau penyelam kali pertama, namun ia bukan sekadar sesuai untuk orang baharu. Bagi mereka yang berpengalaman dalam selam skuba, Pulau Sapi mempunyai terumbu buatan yang dipenuhi dengan ikan juvenil rock cod, udang kecil, pelbagai jenis buran laut (anemone), spesies ikan badut, dan ikan sembilang belang.
Selam skuba di sekitar pulau-Pulau TARP adalah cara yang hebat untuk membuat persediaan bagi selaman yang lebih mencabar di Sipadan. Setiap daripada 5 buah pulau tersebut mempunyai dasar laut berpasir sedalam antara 60 hingga 80 kaki, dan pelbagai jenis batu karang pada terumbu yang mengelilingi setiap pulau. Peminat batu karang pasti akan gembira melihat pelbagai jenis karang mekar yang merangkumi dataran karang tanduk rusa, karang cambuk, karang pinggan bercabang, dan karang berbonggol (bommies).
Penyelam juga harus memerhatikan sekumpulan besar ikan barracuda di sekitar Barracuda Bonanza. Anda mungkin juga bernasib baik jika dapat melihat seekor atau dua penyu sisik serta sotong katak yang bersaiz lebih besar.
Borneo Reef World
Berlabuh di dasar laut di Pulau Gaya, Borneo Reef World hanya sejauh 30 minit perjalanan menaiki bot dari Kota Kinabalu. Pontun pelbagai aktiviti ini adalah yang terbesar di Asia dan seumpama dengan yang terdapat di Great Barrier Reef. Ini merupakan pilihan yang mudah dan menyeronokkan untuk mereka yang mencari peluang untuk merakam gambar hidupan marin di Laut China Selatan.
Wreck diving Labuan
Satu lagi pilihan adalah pergi menyelam di kawasan bangkai kapal yang sangat menarik di Pulau Labuan.
Nota: Jangan lepaskan peluang menyelam di Sipadan, Mabul dan Kapalai (lapangan terbang Tawau).