PADI Divemaster
Adakah anda begitu bersemangat untuk memulakan kerjaya menyelam skuba profesional anda? Terus mulakan dan ambil langkah pertama anda bersama PADI dengan menjadi seorang Divemaster!
SIAPA yang bersedia untuk cabaran ini?
Anda boleh menjadi Divemaster jika:
- Anda berumur 18 tahun atau ke atas - Anda telah melakukan lebih daripada 40 selaman - Anda mampu melepasi atau memiliki ujian perubatan kecergasan menyelam yang terkini - Anda ialah seorang Rescue Diver yang berkelayakan - Anda memiliki pensijilan Emergency First Response yang tidak melebihi usia 2 tahun
Bukan bersijil PADI?
PADI akan menerima kelayakan tertentu yang setara daripada pertubuhan menyelam lain yang diiktiraf.
Masih belum cukup layak?
Anda sentiasa boleh menghabiskan baki selaman bagi melengkapkan prasyarat 40 selaman anda di lokasi sebelum kursus Divemaster bermula. Anda juga boleh melengkapkan kursus Emergency First Response atau Rescue Diving anda terlebih dahulu. Pelatih Divemaster juga akan menerima potongan harga untuk kursus dan fun dive (selaman rekreasi), jadi pastikan anda mempertimbangkan kelebihan ini sekiranya anda berkelapangan untuk tiba lebih awal.
APAKAH keistimewaannya?
Sipadan dan Segi Tiga Terumbu Karang (Coral Triangle) adalah jawapannya! Latihan sebagai Divemaster di lokasi ini merupakan satu pengalaman yang benar-benar menakjubkan berikutan kepelbagaian biologi yang luar biasa di kawasan ini.
Menjadi seorang Divemaster merupakan pengalaman yang sangat menakjubkan dan merupakan langkah pertama yang sangat hebat untuk melangkah ke dunia selaman skuba profesional.
APA yang akan saya pelajari?
Dalam sesi teori dan praktikal, 4 minggu kursus adalah penting bagi memastikan anda memiliki semua pengetahuan latar belakang yang diperlukan untuk menjadi PADI Divemaster.
Komponen praktikal kursus Divemaster termasuk mempraktikkan 20 kemahiran asas, pemetaan tapak selam, memperhalusi kemahiran menyelamat anda serta mengambil bahagian dalam bengkel Search & Recovery (Cari & Selamat) atau Deep Dive (Selaman Dalam).
Kemahiran berenang anda akan dinilai dan anda berpeluang untuk mempelajari cara untuk menjadi perenang yang lebih berkesan dan cekap.
Pelatih Divemaster turut mempelajari cara untuk membantu jurulatih dalam melatih pelajar lain dalam kebanyakan kursus PADI, sama ada antara peringkat Open Water hinggalah peringkat Rescue Diver.
Membimbing penyelam lain juga merupakan sebahagian besar daripada aspek praktikal kursus, jadi anda akan mempelajari cara untuk membimbing penyelam lain dengan selamat dalam pelbagai keadaan dan di pelbagai jenis lokasi.
KE MANA ia akan membawa saya?
Di mana-mana sahaja, tanpa batasan!
Kursus Divemaster PADI ialah langkah pertama untuk melangkah ke dunia selam skuba profesional. Menerusi kelayakan ini, anda dapat memimpin dan membimbing para penyelam di mana-mana sahaja di dunia. Oleh itu, nikmatilah kelebihan yang anda bebas meneroka dunia ibarat rumah anda sendiri.
Selepas menamatkan kursus ini, anda akan lebih terbiasa dengan peranan sebagai Divemaster dan memahami tanggungjawab anda dalam memelihara ekosistem marin kita.
BILA saya akan bersedia?
Kursus Divemaster yang ekstensif ini berlangsung selama 4 minggu. Pada tempoh ini, anda akan berada di dalam air selama 5 atau 6 hari bagi setiap minggu untuk mempraktikkan kemahiran, dan akan merekodkan lebih kurang 50 selaman sepanjang 4 minggu tersebut.
Anda juga boleh memilih untuk menginap bagi menjalani latihan amali selama 2 minggu yang anda akan membayangi (shadow) divemaster dan mengembangkan kemahiran yang baru anda pelajari dengan lebih banyak latihan.
Anda akan menjadi lebih cekap dalam mengesan hidupan kecil, menyelesaikan masalah, bekerja di kedai selam dan membimbing kumpulan penyelam. Ia dapat meningkatkan keyakinan anda bagi membolehkan anda melangkah ke dunia selam skuba profesional tanpa rasa bimbang.
MENGAPA saya patut teruja?
Kursus Divemaster PADI ditawarkan di tengah-tengah Segi Tiga Terumbu Karang (Coral Triangle) yang mengagumkan, tempat yang terkenal dengan kepelbagaian biologi marinnya yang banyak, jadi ini sahaja sudah cukup untuk menjadikan anda teruja.
Namun, pastinya ada banyak lagi kelebihan lain!
Bukan sahaja anda akan berlatih dan menyelam di salah satu lokasi menyelam yang paling mendapat permintaan di dunia bersama Jurulatih yang mesra dan berbilang bahasa, tetapi mungkin juga ada masa untuk satu atau dua selaman rekreasi (fun dive) sepanjang kursus anda yang pastinya menjadi pelega kepada anda daripada semua pembelajaran dan latihan ini.
BAGAIMANA untuk saya lakukannya?
Sebahagian besar latihan Divemaster berlangsung di Pulau Mabul dan latihan bermula pada 1hb setiap bulan.
Bagaimana dengan Penginapan?
Banyak pilihan penginapan tersedia untuk anda. Pilihan yang paling mudah ialah penginapan di Pulau Mabul, namun terdapat beberapa pilihan mesra bajet di Semporna, sejauh satu jam perjalanan bot dari Mabul.
Kelengkapan Menyelam
Jangan risau tentang perkara itu - sebahagian besar peralatan tersedia dan percuma untuk digunakan sepanjang tempoh kursus Divemaster.
Jika anda memutuskan untuk membeli kelengkapan menyelam anda sendiri, anda akan mendapat diskaun hebat jika anda membelinya di kedai runcit PADI di lokasi tersebut.
Anda juga akan menerima diskaun ini untuk beberapa kelengkapan yang wajib dimiliki untuk kursus Divemaster seperti kompas, komputer selam, boya penanda permukaan (surface marker buoy - SMB), papan putih, dan pengetuk tangki (tank banger).
Jika anda belum mempunyai kelengkapan ini, tunggu sehingga anda tiba dan belinya dari kedai runcit tersebut.