Masa Terbaik Menyelam Sipadan: Bulan demi Bulan

Soalan yang paling kerap ditanya, dan mendapat pelbagai maklum balas: bilakah masa terbaik untuk datang? Hakikat yang sebenarnya adalah Sipadan boleh dikunjungi sepanjang tahun. Suhu air berada pada tahap 27 hingga 30°C, selaman pulau boleh dilakukan pada setiap bulan kecuali satu bulan, malah saya sendiri pernah mencatat peribadi terbaik (personal-best) bagi jarak penglihatan pada bulan yang diistilahkan sebagai "luar musim" oleh pihak forum. Namun begitu, sepanjang tahun sememangnya wujud coraknya yang tersendiri. Ini gambarannya.
Jadual Kandungan
- Bulan Disember hingga bulan Februari
- Bulan Mac hingga bulan Mei
- Bulan Jun hingga bulan Ogos
- Bulan September dan bulan Oktober
- Bulan November: ditutup
- Memilih bulan yang sesuai
Bulan Disember hingga bulan Februari
Penghujung tahun yang lebih segar: kejadian badai hujan sekali-sekala, keadaan laut yang lebih beralun pada beberapa minggu, dan keadaan air yang lebih sejuk sedikit di kawasan yang lebih dalam. Kesabaran menghadapi ombak yang agak beralun bakal disajikan dengan pengalaman menaiki bot yang lebih tenang, kelulusan permit yang lebih mudah, dan jika bernasib baik bertemu kawanan hammerhead, maka keadaan air yang sejuk pasti memihak kepada anda. Bulan Disember selepas pembukaan semula pulau ini memberikan persekitaran yang lebih bermakna; setelah kawasan terumbu tidak diganggu untuk tempoh selama sebulan.
Bulan Mac hingga bulan Mei
Bulan terbaik bermula. Keadaan laut yang tenang, jarak penglihatan yang jelas, kawanan ikan kian memenuhi lautan, dan segala yang dapat dilihat dalam foto brosur menjadi realiti harian. Pada hemat saya, bulan April dan Mei merupakan bulan terbaik bagi selaman dinding secara konsisten. Cabarannya adalah dari segi aritmetik: memandangkan ramai yang maklum akan keadaan ini, maka persaingan bagi 254 permit sehari menjadi lebih sengit. Anda dinasihatkan untuk membuat tempahan beberapa bulan lebih awal.
Bulan Jun hingga bulan Ogos
Kemuncaknya berterusan, dengan laluan paling tenang untuk tahun tersebut serta kewujudan kawanan ikan barracuda dan jack yang semakin bertambah. Ini juga merupakan musim cuti, oleh itu persaingan merebut permit dan bilangan penghuni di resort juga berada di tahap maksimum. Tiga selaman sehari di pulau ini, waktu henti antara selam (surface interval) di perairan seakan cermin rata, serta selaran matahari merupakan risiko kemudaratan utama. Buatlah tempahan jika anda benar-benar berminat.
Bulan September dan bulan Oktober
Pencapaian dalam kesunyian. Keadaan ini biasanya kekal berterusan tatkala kesesakan pengunjung mula berkurangan dan kelulusan permit juga kian mereda. Secara khusus bulan Oktober ialah tip pilihan saya untuk para penyelam yang inginkan selaman ketika kemuncak tanpa mengalami tekanan dalam merancang sewaktu musim puncak. Perubahan keadaan cuaca sedikit menjejaskan perancangan; namun peruntukkan satu hari tambahan (buffer a day) jika jadual anda mengizinkan.
Bulan November: ditutup
Seluruh pulau ini akan ditutup pada sepanjang bulan November 2026: tiada selaman, tiada snorkeling, tiada pendaratan, dan akan dibuka semula pada 1 Disember. Rancang perjalanan anda dengan teliti, atau aturkan perjalanan sekitarnya; Mabul dan Kapalai kekal terbuka dan tidak begitu sesak. Untuk konteks cuaca jangka panjang, anda boleh lihat pada halaman iklim dan cuaca kami.
Memilih bulan yang sesuai
Penentuan maksimum (Certainty-maximiser): bermula bulan April hingga bulan Ogos, tempahan yang jauh lebih awal amatlah penting kerana peruntukan permitnya yang terhad (permit quota). Pencari nilai-dan-ketenangan (Value-and-calm seeker): bulan September, Oktober atau Februari. Penggemar jerung hammerhead yang romantik: bulan yang lebih sejuk, bot awal, dan jangkaan yang realistik. Yang manapun menjadi pilihan anda, pakej yang menawarkan penginapan beberapa malam adalah lebih penting daripada sekadar bulan pilihan tersebut; pulau ini menjanjikan sesuatu yang berbaloi kepada yang sudi meluangkan lebih masa di sini daripada sekadar pemilihan bulan (timing).
Tempoh menunggu, sebagai garis panduan dari meja tempahan kami: mulai bulan April hingga bulan Ogos, kami memerlukan empat ke enam bulan lebih awal bagi menetapkan pilihan bebas untuk ke semua resort, namun mulai bulan September hingga bulan Februari, masih boleh bertolak ansur kepada tempoh dua ke tiga bulan. Begitupun nasib mungkin menyebelahi permohonan permit pada saat akhir tetapi ia tidak sepatutnya menjadi perancangan anda. Bagi perenang snorkel, kalendar yang sama ini turut dikenakan kepada anda, dengan makluman tambahan bahawa bulan yang tenang adalah bulan yang paling sesuai untuk melakukan selaman di permukaan air. Jika anda menggabungkan perjalanan ini dengan hari penerokaan hutan hujan, waktu pertengahan tahun yang lebih kering sangat bersesuaian untuk kembara di daratan. Secara tidak langsung ia melengkapkan keseluruhan jadual perjalanan yang sama yang dijadualkan bagi blok bulan April hingga bulan Ogos. Sambil menyelam, minum air; satu tempahan dengan pelbagai pengembaraan berbeza.
And whatever the month, the early boat beats the late one. That rule has never once let me down.