254

Permit Sipadan terhad setiap hari — pastikan anda mendapat permit menyelam atau snorkeling anda lebih awal.

Di Manakah Tempat Penginapan untuk Sipadan: Mabul vs Kapalai vs Semporna

Matahari terbenam di sekitar vila atas air di resort perkampungan air Mabul.

Tiada sesiapa pun yang dibenarkan untuk bermalam di Sipadan; semua resort telah pun mengosongkan pulau ini bertahun-tahun yang lalu, lantas menyumbang kepada keadaan terumbu karangnya yang lebih sihat. Justeru, persoalan sebenar sebelum anda mula membuat tempahan adalah pangkalan yang manakah menepati pilihan anda. Saya pernah menginap lama di ketiga-tiganya, kadangkala pada minggu yang sama, dan pastinya setiap percutian menjanjikan pengalaman percutian yang berbeza.

Jadual Kandungan

Mabul: pulau serba lengkap

Lebih kurang dua puluh minit jaraknya dari Sipadan, pulau ini dikelilingi oleh tapak selaman muck (muck diving) yang terbaik di rantau ini, dan menawarkan pelbagai pilihan tempat penginapan bermula dari rumah panjang khusus untuk pengembara ('backpacker') sehinggalah kepada resort mewah. Anda bakal merasai kehidupan pulau yang sebenar: diwarnai dengan kehidupan kampung, dek bersantai menyaksikan pemandangan matahari terbenam, house reef dan pusat menyelam dengan perkhidmatan yang pelbagai. Jika anda sukar untuk membuat keputusan, pastinya pulau ini boleh dijadikan sebagai pilihan paling selamat dengan alasan yang tertentu. Pilihan peribadi saya: jurugambar makro wajar memilih pulau ini sebagai pangkalan utama tanpa mengira hal bajet. Memandangkan tapak Mabul itu sendiri bersesuaian untuk merakam sebarang gambar pada hari ketika anda tidak pergi ke Sipadan.

Kapalai: beting pasir di atas tiang

Sama sekali bukan sebuah pulau: sebaliknya adalah sebuah resort yang terbina di atas tiang di kawasan beting pasir yang ditenggelami air. Dikelilingi air lautan pada setiap sudut, dengan reka bentuk chaletnya terbina di atas air firus (turquoise). Sesuai dijadikan lokasi tangkapan gambar untuk pasangan berbulan madu dan paling sunyi antara ketiga-tiga pangkalan ini. Ia dihiasi dengan terumbu dasar yang mudah diakses dan anda juga boleh menyaksikan kemunculan mandarinfish pada waktu senja hanya dengan berenang berhampiran tangga bilik anda. Kapalai semestinya sesuai untuk pasangan, penyelam snorkel dan sesiapa sahaja yang mendambakan suasana malam yang mendamaikan berlatarkan deruan air tanpa bunyi deruman enjin kenderaan. Kekurangannya: hanya terdapat satu resort, satu restoran dan tiada perkampungan untuk anda bersiar-siar.

Pekan Semporna: pintu masuk bajet

Menginap di bandar dan melakukan aktiviti luar dengan menaiki bot pada setiap hari ialah pilihan termurah untuk sampai ke terumbu karang ini, tambahan pula makanan di bandar ini sangat luar biasa sedapnya. Kekurangannya hanyalah dari segi masa dan masalah alun: lebih 45 minit tempoh perjalanan sehala untuk ke pulau. Perjalanan perlu dimulakan seawal mungkin, dengan kawasan pangkalan utamanya yang tidak dilengkapi dengan kemudahan terumbu karang house reef. Ia paling sesuai untuk pakej bajet, percutian singkat dan buat para pengembara yang lebih selesa menghabiskan waktu malam mereka dengan pelbagai pilihan aktiviti di darat. Semak panduan Semporna kami untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang bandar tersebut.

Penerangan ikhlas berkenaan persoalan tentang permit

Ini penjelasan lanjut berkenaan hal yang tidak diuar-uarkan di dalam risalah: Permit Sipadan tertakluk kepada pengendali selam, bukannya pada pulau. Apa yang paling penting adalah anda harus membuat tempahan dengan pengendali yang mempunyai peruntukan permit sebenar setiap hari, dan menempah penginapan bagi tempoh malam yang mencukupi untuk membolehkan tempahan permit anda dijadualkan ke dalamnya. Biasanya penginapan ditetapkan pada tempoh minimum selama tiga malam, dengan pakej yang selesa iaitu selama dua hari untuk empat atau lima selaman pulau. Situasi logik yang sama terpakai sama ada penginapan anda di resort mewah, bertiang mahupun di dalam bandar. Atas sebab itulah persoalan pertama yang harus dirungkaikan dengan jujur bukanlah berlegar mengenai "pulau mana" namun "pengendali selam mana, berapa malam yang ingin dihabiskan"; kedua-dua pakej mewah dan bajet ini boleh membawa anda ke sana.

Kesimpulan mengikut jenis pelancong

Untuk jurugambar dan keutamaan kepada para penyelam: Mabul. Untuk pasangan dan para penggemar selaman snorkel (snorkel-heavy): Kapalai. Kekangan belanjawan yang ketat dan tempoh percutian yang singkat: bandar Semporna. Bagi ahli kumpulan yang gagal mencapai kata putus: Pilih sahaja Mabul dan berhenti bertengkar. Bagi keluarga yang membawa bersama anak-anak pula mungkin lebih cenderung untuk memilih Mabul atau Mataking kerana keistimewaan pantai dan susun atur bilik yang disediakan; pengunjung yang bukan penyelam yang terikut percutian kerana menemani rakan yang suka menyelam pastinya lebih gembira berada di Kapalai kerana aktiviti selaman snorkel boleh dilakukan di situ dengan hanya menuruni anak tangga. Ramai dalam kalangan pengembara solo pula mengakui bahawa makan malam di kawasan sederhana dan bajet di Mabul merupakan antara detik yang paling dinanti-nantikan. Ini kerana, hidangan yang disediakan dan boleh dinikmati secara bersama-sama dalam satu meja (communal meal) pastinya dapat memperkenalkan dan merapatkan jalinan silaturahim antara satu sama lain. Berikan sahaja tarikh yang dirancang, belanjawan serta bilangan selaman yang diingini dan kami akan menyenarai pendek kawasan resort tertentu yang bersesuaian setelah pengiraan permit telah diselesaikan.

← Semua kiriman blog

↑ Kembali ke atas