PADI MSDT
Kursus ini akan menaikkan taraf anda daripada Kursus Pembangunan Pengajar kepada Specialty Instructor atau terus ke tahap MSDT.
Dengan barisan jurulatih yang berkemahiran tinggi serta pengarah kursus yang mempunyai pengetahuan luas dalam pelbagai bidang kemahiran, setiap pakej boleh disesuaikan mengikut kehendak individu, dan memberikan anda peluang untuk meningkatkan kemahiran serta peluang pengajaran ke tahap yang lebih tinggi.
SIAPA yang bersedia untuk cabaran ini?
Mana-mana Jurulatih PADI yang telah memperakui sekurang-kurangnya 25 Penyelam PADI layak menjadi Master Scuba Diver Trainer.
Anda juga perlu memperoleh sekurang-kurangnya 5 penarafan PADI Specialty Instructor, tetapi ia boleh dicapai dalam kursus persediaan MSDT.
APAKAH keistimewaannya?
Antara perkara terbaik mengenai kursus ini ialah ia memberi anda peluang untuk menyelam di Sipadan.
Program selama 3 hari akan memberikan anda satu permit Sipadan manakala jika anda memilih untuk mengikuti kursus selama 5 hari atau lebih, anda akan mendapat 2 permit.
Peluang menyelam anda tiada had, jadi selamlah sekerap yang anda mahukan.
Sebagai sebahagian daripada penarafan jurulatih selaman dalam (deep instructor rating) dalam kursus ini, anda akan menyelam sedalam 40 meter untuk mencari kelibat jerung besar seperti jerung tukul.
Kawasan di Malaysia ini mempunyai hidupan makro antara yang terbaik di dunia menjadikannya pilihan tepat bagi jurugambar dan juruvideo bawah air yang baharu, di perairan Kapalai, Mabul dan terumbu berhampiran.
APA yang akan saya pelajari?
Sepanjang tempoh penginapan anda, pilih daripada kepakaran (specialty) berikut:
- Deep Diving Specialty
- Wreck Diving Specialty
- Nitrox Diving Specialty
- Sidemount Diving Specialty
- Search and Recovery Specialty
- Digital Underwater Photography Specialty
- Videography Diving Specialty
- Night Diving Specialty
- Self-Reliant Diving Specialty
- Fish Identification Diving Specialty
- Naturalist Diving Specialty
- Boat Diving Specialty
- Navigator Diving Specialty
- Dive Against Debris (AWARE Diving Specialty)
- Tec Sidemount Diving Specialty
- PADI Tec 40-45-50 Specialty
Sila ambil maklum bahawa kepakaran Nitrox, Sidemount, Self-Reliant dan Tec Sidemount memerlukan sama ada penarafan awal, ataupun prasyarat tambahan yang mesti dipenuhi.
KE MANA ia akan membawa saya?
Lebih banyak kepakaran yang anda pelajari dan penuhi, lebih banyak kepelbagaian yang anda ada semasa mengajar. Ia mampu meningkatkan potensi pendapatan serta meluaskan kemahiran anda.
Ini juga merupakan langkah seterusnya dalam hierarki penyelam profesional, dan titik permulaan untuk menjadi IDC Staff Instructor, EFR Instructor mahupun TecRec Instructor.
BILA saya akan bersedia?
Kursus persediaan Master Diver Trainer mengambil masa sekurang-kurangnya 3 hari yang anda akan memperoleh minimum 5 penarafan Specialty Instructor. Jika anda memutuskan untuk meluaskan pengetahuan melangkaui tahap minimum tersebut, terdapat pakej penarafan jurulatih 4 atau 5 hari yang memberikan anda peluang untuk memperoleh sehingga 15 penarafan jurulatih.
MENGAPA saya patut teruja?
Jika anda menyasarkan untuk menjadi PADI Specialty Instructor atau MSDT, Sipadan ialah pilihan terbaik - anda akan menerima nasihat pakar daripada staf MSDT, mempelajari kemahiran baharu yang menakjubkan dan merasai pengalaman di beberapa tapak selam terbaik di Asia Tenggara, dan juga dunia!
BAGAIMANA untuk saya menjadi PADI MSDT?
Sebagai salah satu cara paling unik untuk menjadi jurulatih selam Specialty, kursus ini akan meneruskan latihan anda di tahap jurulatih dan membolehkan anda mengajar sebanyak mana kepakaran (specialty) yang anda mampu pelajari semasa mengikuti kursus ini.